Monday, January 18, 2010

Terima Kasih! Thank you ! Syukran!











Kalau hendak dikirakan hadiah yang saya terima sangat banyak termasuk hadiah persaraan. Terima kasih daun tak keladi, kalau boleh memang tak akan dapat lagi he he he.


Saya merasakan sangat berbangga kerana menerima guru-guru dan anak murid yang baik-baik belaka. Memang sangat sukar hendak meyenaraikan semua nama-nama mereka. Tetapi masih ramai yang ada dalam ingatan saya. Saya doakan semuanya akan berjaya dalam hidup ini. Baik guru atau pelajar atau kakitangan bukan guru,semuanya baik dengan saya , Allah sahaja yang dapat membalasnya.


Ada lagi hadiah-hadiah yang saya tak letakkan gambarnya, takut penuh pula blog saya dengan gambar-gambar cenderahati sahaja, maaf ya kalau tak nampak hadiah yang diberikan kepada saya. Semuanya telah saya manafaatkan.

Salam Sayang Untuk Semua!! Tinggal Kenangan Yang Sukar Dilupakan,. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment