Saturday, January 9, 2010

Nak Buang Lemak ?? - Cikguyang.

Hari itu kita dah bincangkan.. untuk tidak menambah berat badan lagi hanya makan sebanyak 1000kalori sehari. Untuk tahu jumlah kalori kena buat rujukan sedikit. Kalau ada yang hendak minta tolong Cikguyang boleh senaraikan..itu atas permintaanlah.

Masih ingat tak.. 8000 kalori akan menjadikan 1kg lemak/fat. Dikecilkan analisanya 4000 kalori , fatnya 1/2kg, 2000kalori - fatnya 1/4kg. Bermakna kalau setiap hari kita mengambil lebih 1000kalori - ini bermakna setiap hari kita membentuk lemak/fat.

Oleh itu apa perlu kita buat:

1. Kalau banyak wang kita boleh ke Klinik/hospital untuk membuang lemak/fat. Saya telah survey ke pusat perubatan swasta..sekurang-kurangnya RM35000.00 . Hospital Kerajaan tidak menawarkan perkhidmatan itu . Jadi dalam masa 2- 3 minggu selesai lemaknya, kita lihat dan tanam lemak kita sendiri.

2. Ke Pusat-pusat kecantikan, menawarkan perkhidmatan kelangsingan, ini juga memerlukan wang. Saya telah survey.. lebihkurang RM20000.00 , tapi boleh bayar ansur dengan kad kredit..hutang le tu .. he he he. Mereka menawarkan Fat Burning , meals dan toxic management. Selalunya ada yang berjaya dan banyak juga yang tidak berjaya.
Kalau tidak berhati-hati, nanti kita rasa kita tertipu.Ya lah cara mereka jalankan business cukup saikologi sekali..sape yang kena saja yang tahu. Nak tahu Cikguyang boleh cerita atas permintaan.

3. Menguruskan sendirinya....akan disambung ..OK !!

No comments:

Post a Comment