Wednesday, January 27, 2010

Majlis Persaraan - Kenangan yang sukar dilupakan


Pada 3hb Mei 2007 cukuplah umurku 56 tahun dan aku memasuki zon baru dalam sejarah hidupku sebagai seorang pesara kerajaan yang dibiayai hidup ini sepenuhnya hinggalah aku menghembuskan nafas yang akhir oleh kerajaan. Beberapa hari sebelum bersara kulihat suasana di sekolah macam ada pesta, tetapi disorokkan daripada pengetahuanku. Tapi aku agak dah ada latihan-latihan bagi acara-acara yang akan dijalankan secara senyap.

Aku memohon agar tidak ada acara membawa aku keluar dari kawasan secara rasmi, seperti selalu acara bersara untuk pegawai-pegawai lain, juga mengadakan acara ringkas supaya tidak membazirkan masa dan wang.

Pagi itu aku dah mula rasa sedih...dan air mata macam nak keluar saja tanpa dijemput pun. Inilah hari akhir aku bertugas setelah 31 tahun berada dalam perkhidmatan perguruan. Aku bertahan tidak keluar ke pejabat atau ke maktab perguruan. Ramai kawan-kawan yang keluar dari sekolah kerana merasakan bebanan berada di sekolah. Padaku hingga ke akhir ini pun masih sangat sayang dengan perkhidmatan perguruan.

Aku dengar keadaan sekolah dah berubah suasana agak berbeza, murid-murid sudah ke dewan dan aku dijemput untuk perarakan rasmi bagi majlis rasmi terakhir dalam perkhidmatanku pagi itu 29hb April 2007.


Majlis berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir!! sedih, terharu dan gembira yang tidak dapat digambarkan. Syukur Alhamdulillah, Allah mengizinkan perkhidmatanku
berjalan dengan baik hingga ke akhir perkhidmatanku. Kenangan pahit dan manisnya dalam kehidupan seorang guru akan ku titipkan dalam coretanku bila kurasakan ingin berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment