Sunday, January 3, 2010

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga.

Aku masih terbayang-bayang wajah ibuku yang meninggal dunia akibat penyakit kencing manis. Ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya. Bekerja siang malam menambah nafkah untuk membantu ayahku.Pagi-pagi lagi dah bangun tidur menyediakan kuih muih, nasi lemak dan pulut untuk ku jual dalam perjalanan ku ke sekolah.
Pagi-pagi lagi aku berteriak kuat, kuih,kuih, nasi lemak, pulut inti , ku ulang berkali-kali sampai ke sekolah.Selalunya jualanku habis, senang hati ibuku, terbayang senyuman puasnya.Bertahun-tahun aku menyimpan rahsia ini, baru inilah teringin pulak rasanya nak berkongsi pengalaman ini.
Gembira hatiku bila mendengar cerita Datuk Siti pun menjaja kuih waktu kecilnya he he he. Ayah rajin sangat semua kerja dilakukannya, menjala ikan seperti ikan keli , ikan haruan, ikan sepat, ikan puyu dan udang. Aku membantu ibu menyiang ikan untuk dikeringkan dan dibuat pekasam. Hari Jumaat aku keliling kampung menjual taugeh yang ditanam oleh ayahku.Tergiang-giang ditelingaku lagi, togeh, togeh.
Semua kenangan ini aku simpan dalam lipatan sejarah hidupku. Ku coretkan kini untuk ditatap anak cucuku.Pengalaman yang tak boleh dijual dan tak boleh dibeli. Syukur Alhamdulillah.

Berbagai gambar sekitar Majlis

1 comment: