Sunday, January 10, 2010

Nak Buang Lemak - Cikguyang

Kita sambung Al-kisah hendak buang lemak tempuh hari.

3. Kita boleh membeli cadangan pemakanan untuk mengurangkan lemak/fat di badan kita. Contoh: Ambil minumannya..tetapi syaratnya kita tak dibenarkan mengambil sebarang makanan dalam tempoh yang ditetapkan..mungkin 3 - 4jam, baru boleh makan kembali. Ada yang mensyaratkan ambil makanan separuh daripada biasa.. dan makan tak lebih dari 1000 kalori.

Bila kita kaji...untuk menguruskan badan..asasnya kita jangan makan banyak dan cuba mengurangkan lemak yang ada di badan.

4. Ini cadangan yang hendak diberi oleh cikguyang:

i. Ambil makanan tak lebih 1000kalori..tujuannya supaya lemak tidak bertambah dalam badan.
ii. Mesti melakukan exercise/senaman untuk mencairkan lemak yang sedia ada. Kita pastikan senaman yang dilakukan mesti cukup hingga pulse kita ke tahap denyutan 130 seminit..supaya kita beri tugas kepada jantung supaya menjalankan fungsi dengan baik..

Kalau tidak jantung kita tidur saja he he he!! bunyi macam lawak..sungguh nih!! bila dah sampai 130denyutan lemak kita akan terbakar..kerana kita telah guna tenaga yang lebih..bila badan kita panas, peluh akan keluar untuk menyejukkan badan kita.. sistem ini semula jadilah.

Kita terpaksa menggunaka lemak/fat...untuk mengganti tenaga yang kita gunakan untuk bersenam. Kalau boleh, kira-kira 1jam, berjalan, berlari, bekerja yang menggerakkan badan, berbasikal, berenang dan lain-lain...jangan dipaksa kalau dah letih berhenti.

Kalau berjoging..3km dapatlah kita membuang lebihkurang 200 kalori. Jadi bermaksud kita mencairkan lemak yang bernilai 200kalori.

Memanglah sedikit tapi lama-lama jadi bukit. Kalau berat badan kita 70kg.. ketinggian kira-kira 153cm, kita perempuan umur 50an ..kita perlu menurunkan berat badan hingga ke 55kg. Kiraan Badan sihat..ada formulanya ..mengikut jantina, umur.

Boleh rujuk kepada doktor klinik biasa. Kita akan dapat penerangan tentang body fat dan body water... nanti cikgu sambung lagi ye?.. kalau tak faham atau nak tanya siap hubungi...aduh! dah macam doktor le pulak aku nih!!...hanya dari pengalaman, nasihat health experts, doktor dan pembacaan.Ok!! don't worry kita boleh kongsiii...

1 comment:

  1. ada tak petua macamana nak kempiskan perut...
    bila badan dah kurus tapi perut plok yang susah nak kempis...

    ReplyDelete