Saturday, January 30, 2010

Luluhnya hatiku!! ....


Petang hari itu aku bermain-main dengan anakku, dia dah mula tersenyum dan memejamkan matanya. Oh! Comelnya anakku, syukur Alhamdullillah anugerah Allah maha kuasa.


Sepupu suamiku yang menjaganya di rumah, sayang betul dia pada anakku, dibuatnya macam anak sendiri. Pantang bunyi saja kelam kabutlah dia, susu, buang air, atau sakit ke katanya. Dia membantu aku untuk sementara saja sebelum dapat pembantu yang lain. Alangkah bertuahnya kalau dia dapat jaga terus anakku. Apa nak dikata dapat bantu sekejap pun saya dah bersyukur. Suasana rumah sentiasa memang menyenangkan. Kaum keluarga suami ramai yang melawat anakku, kerana semasa dalam pantang aku berada di kampungku.


Hari ini genap umur anakku satu tahun, gembiranya dia kerana ramai yang bermain dengannya. Kebetulan mak saudaranya juga tinggal bersama kami. Dia dah mula bangun dan memegang kerusi dan berjalan dari satu kerusi ke kerusi yang lain. Kami bertepuk tangan, seronok melihat dia dah mula melangkah dengan tersipu-sipu memandang kami. Beraninya dia tanpa memegang kerusi tangannya didepa dan melangkah setapak ke setapak. Kami serentak bertepuk tangan, oh! Dah berjalan anakku, cukup-cukup setahun.


Kebetulan malam itu ada pertandingan Bintang RTM , kami semuanya berkumpul di depan tv untuk menonton pertandingan tersebut. Anakku terus melangkah di depan kami, senyum , ketawa agaknya terlalu gembira dapat berjalan. Tiba-tiba ..pang! bunyi benda jatuh. Allah anakku jatuh terhempas ke bucu tv. Dia terus diam , mukanya pucat , aku menjerit-jerit, suami ku menerkamnya terus membawanya ke klinik, badannya membiru dan muntah-muntah. Ya Allah selamatkanlah anakku, Fikiranku berkecamuk, ditenteramkan oleh suami.

Doktor memeriksanya ,” Tak mengapa , malam ini cuba perhatikan sekiranya dia muntah lagi, bawalah ke hospital segera ya ” pesan doktor Ahmad. Kami mengangguk tapi ada perasaan yang tak dapat diucapkan lagi.

Anakku mula ada tanda perubahan , mukanya masih pucat tapi dah mula merengek dan menangis perlahan-lahan. Kepalanya ada tanda terhempas dan mula nak bengkak. Aku lega bila melihatnya menangis , mungkin terkejut atau sakit. Ya Allah Bersyukur aku kepadamu , tolonglah pulihkan anakku ini, Amin, doaku.

6 comments:

  1. terlalu menyentuh hati.. semalam anak saya..kena tambah oksigen..batuk tak berhenti..hari ni dah ok sikit...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Puitis sungguh bait-bait penceritaan pn.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih, kasih ..kena jaga baik2 anak tu, pastikan rumah kita tak berhabuk..takut dapat asthma, susah sikit. Ini berlaku pada anak saya. InsyAllah baik,.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Aida Ali..ya ker? Saya setiap kali menulis nih, mana yang menyentuh perasaan saya menangis, terutama menyentuh berkaitan dengan ibu,ayah, adik-beradik yang telah meninggal..

    ReplyDelete
  5. insyaAllah anak akak tak pape ye kak..saya doakan sekali..AMin :)

    ReplyDelete