Tuesday, January 5, 2010

Aku Kantoi .....

Hari itu aku terkantoi dengan adikku. Setelah bersiap dan berkemas rumah, aku ke dapur mencari rezeki-rezeki lebihan semalam. Maklumlah bulan puasa tentu ada makanan yang berlebihan. Kebetulan aku uzur.. jadi taklah berpuasa. Aku tenguk keliling adik-adikku dah ke sekolah dan emak dan ayah dah keluar yang ku nampak adik lelakiku sedang mesin rumput,jauh juga dari dapur rumahku.

Aku pun apa lagi makanlah apa yang boleh dimakan, memang jadi peraturan keluargaku sesiapa uzur dia mesti seperti orang puasa, tidak ada yang tahu dia tak berpuasa. Akhirnya aku pun menenguk air sirap, sedap, hilang dahagaku.

Tiba-tiba .." Oi! tak puasa kah, orang kerja berat pun puasa, dia senang-senang tak puasa", aku tergamam tak dapat kata apa-apa. Adikku mmasuk ke dapur dan menuang air sirap dan menggogoknya dengan rakus sekali.

Emmm...lega, hilang dahaga katanya. Dia pun berlalu.

Pelik bin ajaib takkan adikku bersekolah di sekolah pondok tapi tak tahu tentang yang perempuan ada time uzurnya. Peristiwa itu berlalu begitu saja..aku takut nak bagi tau ayah, takut aku dimarah kembali kerana tak ikut aturan keluarga. Tersimpanlah cerita itu hingga hari ini kira-kira 37 tahun yang lalu. Terkantoi aku....

1 comment:

  1. Adikku kini tidak berapa sihat...tahun lepas 2009 aku ke Pagoh dan menunggunya di Hospital Muar kerana sakit jantung. Ya Allah! aku memohon padamu sembuhkanlah adik...Amiin!!

    ReplyDelete