Saturday, April 17, 2010

Aku Jutawan La Nih !!!! ... Bestnyer Impianku.

















Aku hari ni dah jadi jutawan. Ada wang hingga 10 juta dong , hik hik hik. Kalau RM10juta, dah tentu aku jadi jutawan, tapi jutawan dong... apa nak kata. Dulu bila ku dapat 6juta Rupiah suka tak terkira , senyum hingga ke telinga.

Aku bercadang nak ke Vietnam minggu depan, passport ada, wang dah ada.. apa lagi ye? camera dengan bateri , oh ya memory card kena tambah satu lagi kut. Kali nih aku terpaksa beli camera baru Cannon G11 , sebab dah serik dengan camera 40D Cannon, kenal soal siasat di airport... dan di Kompleks beli-belah tak dibenar ambil gambar !! kat Malaysia boleh kat luar negara tak boleh. Di airport lagi dah kena panggil , mereka ingat aku nih wartawan.

Sape nak kirim barang boleh tapi kena kirim dongnye sekali!!! maklumlah orang pencen dan pokkai duitnya!! pencennye cukup2 makan dan tambang saje!! Oh ya!! kalau ada yang nak menderma pun aku terima !! he he he!! Oh tidak ... tak layak terima sedekah lagi. Maaf ye lawak ajer.

Doakan aku selamat pergi dan selamat balik. Salam.

Gambar untuk hiasan saja . Credit to Google.

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga !!! .... ulangan.













Aku masih terbayang-bayang wajah ibuku yang meninggal dunia akibat penyakit kencing manis. Ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya.


Bekerja siang malam menambah nafkah untuk membantu ayahku.Pagi-pagi lagi dah bangun tidur menyediakan kuih muih, nasi lemak dan pulut untuk ku jual dalam perjalanan ku ke sekolah.

Pagi-pagi lagi aku berteriak kuat, kuih,kuih, nasi lemak, pulut inti , ku ulang berkali-kali sampai ke sekolah.Selalunya jualanku habis, senang hati ibuku, terbayang senyuman puasnya.Bertahun-tahun aku menyimpan rahsia ini, baru inilah teringin pulak rasanya nak berkongsi pengalaman ini.

Gembira hatiku bila mendengar cerita Datuk Siti pun menjaja kuih waktu kecilnya he he he. Ayah rajin sangat semua kerja dilakukannya, menjala ikan seperti ikan keli , ikan haruan, ikan sepat, ikan puyu dan udang. Aku membantu ibu menyiang ikan untuk dikeringkan dan dibuat pekasam.

Hari Jumaat aku keliling kampung menjual taugeh yang ditanam oleh ayahku.Tergiang-giang ditelingaku lagi, togeh, togeh.


Semua kenangan ini aku simpan dalam lipatan sejarah hidupku. Ku coretkan kini untuk ditatap anak cucuku.Pengalaman yang tak boleh dijual dan tak boleh dibeli. Syukur Alhamdulillah.


Ya Allah !!! Ampunkan dosa-dosa ibuku dan letakkannya bersama orang yang Solehah .. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, April 14, 2010

Malangnya Nasib Ibu !!! .... 4












Kisah ini berlaku di sebuah kampung. Sepasang suami-isteri yang hidup bahagia dengan 8 orang anaknya, yang bersekolah, setengahnya masuk universiti dan semuanya bekerja. Kebetulan suami-isteri ini hidup sederhana dengan hasil-hasil kebun dan sawahnya cukup menampung mereka anak beranak. Suami dikenali di kampung dengan nama Pak Lah dan isteri Cik Tom.

Keseksaan hidup Pak Lah dan isteri bermula apabila anak-anak berkeluarga dan mendapat cucu yang ramai. Pada mulanya kedua-dua suami-isteri sangat seronok , maklumlah cucu-cucu sentiasa ada di kampung bersamanya sebelum masuk sekolah.
Keadaan bertambah tenat apabila anak-anaknya menghantar cucu-cucu mereka tinggal di kampung dengan alasan tak ada orang gaji. Mula-mula dua orang cucu, lama kelamaan menjadi hingga 6 orang cucu.

Pak Lah dan Cik Tom setiap hari menguruskan cucu-cucunya dari umur 1 tahun hingga yang berumur 6 tahun . Setiap hari kecoh dari pagi hingga malam. Bau hancing di sana-sini, cucu-cucunya comot kerana tidak terdaya untuk menguruskannya. Kanak-kanak itu dapat selsema, kudis, berkutu dan kesihatan tidak terjaga. Setiap hujung minggu mereka balik menjenguk anak mereka dan menyusahkan Pak Lah dan isteri menguruskan makan minum mereka.


Kebetulan anak bongsunya sudah tamat belajar, alangkah terkejut dia melihat keadaan ibu bapanya yang ditinggalkannya dua tahun saja tapi kelihatan sangat tua. Dia marah betul kepada abang dan kakaknya kerana menyeksa ibu dan bapanya. Perang besar berlaku, apalagi anak-anak Pak Lah mengambil anak mereka masing-masing tanpa pun mengucapkan terima kasih pun.

Ini betul-betul menyedihkan, nasib baik si bongsu memujuk mereka berdua dan menguruskan kebajikan kedua ibu-bapanya dengan baik dan berhemah. Bagaimanakah sekira tidak ada si bongsu tentulah Pak Lah dan isteri terseksa hingga ke akhir hayatnya.

Renunglah bersama , jangan ada kes ini dalam zaman yang serba canggih ini.




Perhatian : Gambar-gambar untuk hiasan sahaja. Credit to Google.

Monday, April 12, 2010

Malangnya Nasib Ibu !!! ... 3










Seorang ibu yang dikenal dengan panggilan Tuan Pah, berlatar belakang seorang yang berada, setiap bulan pendapatannya dari rumah sewa saja melebihi RM5000 tidak termasuk lain-lain pendapatan. Kehidupannya agak mewah walaupun ibu tunggal. Mempunyai 6 orang anak yang telah bekerja dan berumah tangga serta mempunyai beberapa orang cucu.

Apa yang menjadikan cerita apabila Tuan Pah sakit, sebelum ini dia dibantu oleh pembantu yang dicarikan oleh anaknya dari Indonesia. Anak-anak tidak mengesahkannya kerna segala keperluannya dapat diuruskannya sendiri. Penyakit kencing manisnya menjadi serius, matanya menjadi kabur dan berat badannya bertambah hingga memerlukan tenaga lelaki menguruskannya. Pembantu rumahnya tidak berdaya lagi untuk membantunya bangkit dari tempat tidurnya. Sepatut setiap hari mestilah anak lelakinya datang untuk membantunya untuk mandi. Pada peringkat awal sakit memang ada anak yang membantu tetapi selepas 4, 5 bulan mereka jarang menjenguknya terserahlah kepada pembantunya.


Pembantunya digaji sampai RM800 sebulan tetapi lepas seorang, seorang berhenti kerana ceritanya Tuan Pah tersangatlah garang , jangan ada yang tak kena maka dimaki hamunnya , ia masih dapat bercakap dengan baik. Makannya kena disuap, lauk tak sedap pun akan menjadi hal, ditepis pinggannya bertaburanlah nasinya.

Pembantu datang seminggu berhenti, datang berhenti. Ini menimbulkan masalah kepada anak-anak dan menantunya. Dia tak diuruskan dengan baik, sakitnya bertambah serius , lukanya menjadi-jadi, baunya dah mula busuk sampai satu bilik hingga anak cucu merasakan bebanan, dan jaga sekadar saja. Tuan Pah banyak harta, dusun, kebun dan rumah sewa dan lain-lain.


Akhirnya anak-anak sepakat untuk menghantarnya ke rumah amal orang tua-tua dan dibayar dengan penjagaan jururawat dan doktor sekali. Setiap bulan dikenakan bayaran RM3000. Ini tidaklah menjadi hal kepada mereka kerana pendapatan Tuan masuk setiap bulan. Sedihnya anak-anak tidak menjenguk langsung, sedangkan ketika itu ia perlukan belaian kasih sayang anak cucunya.

Semakin hari ia semakin teruk, pihak rumah amal telah memberitahu keluarganya agar membawanya pulang kerana harapan sangat tipis untuk sembuh. Semua anak langsung tidak mempedulikannya. Agaknya hanya menunggu Tuan Pah menutupkan matanya dengan lebih cepat lebih baik.

Tidak lama kemudian Tuan Pah menghembuskan nafasnya dalam keadaan yang sangat daif tanpa ada anak-anaknya membantunya di saat akhir. Pergilah dia mengadap Allah tanpa sesiapa cuba membantunya. Setelah meninggal barulah anak-anak datang menguruskannya, mungkin mereka lebih gembira Tuan Pah telah pergi .

Maklumlah harta yang ditinggalnya sangatlah banyak. Cubalah kita sama-sama renungkan betapa deritanya si ibu tua yang telah menjalankan kewajipannya sebagai seorang ibu hingga anak-anak berjaya dalam hidup mereka. Tidak ada sedikit perasaan kasih sayang untuknya ketika dia mengakhiri hidupnya.

Wahai anak-anak bayangkan peristiwa itu berlaku pada diri kita, Bagaimana ? insaflah......BERSIHKANLAH HATI KITA DAN HATI KELUARGA KITA !!!


Gambar-gambar hanya hiasan sahaja tidak ada kaitan dengan artikel , Credit to Google.

Saturday, April 10, 2010

Aku Kena Marah Dengan Suami !!!




Assalamualaikum Wbh ..

Kita nih kalau tak dimarah oleh suami tak tahu kesalahan kita.

Kita ingat kita dah - betul .
Apa yang kita buat - betul .
Apa yang kita rasa - betul .
Apa yang kita fikir - betul .
Apa yang kita tegur - betul .
Apa yang kita kata - betul .

Ambil kira semuanya betullah.

Cerita ini bukan nak buka pekung di dada tetapi nak berkongsi dengan isteri-isteri yang kadang-kadang kita terlupa tanggungjawab kita.

Perkara ini berlaku banyak kali tapi lain-lain insidenlah.

1. Suami makan kacang sambil menonton tv kulitnya bertaburan - setiap kali aku akan kutip kulit masuk dalam bekas tapi tak kata apa-apa. Entahlah mengapa kali ini aku merungut ... la Yah nih ngapa tak ambil bekas kulitnya , bertaburanlah .. penatlah kita. Suami diam saja.

2. Suami lepas mandi - bertaburan dengan sabun-sabun dan melekat2 kat sink. Aku merungut - sapelah mandi nih!! bekas sabun, ubat gigi, pencuci muka, ubat cukur
berselekeh... eh tak larat tenguk bilik air, suami masih diam ajer.

3. Suami makan buah tembikai - buah yang aku paling tak suka sebab melekit-lekit dengan kulitnya dengan air. Selalunya ku potongkan. ngapa hari itu kebetulan aku sedang memasak jadi dia potong sendiri dan makan sendiri. Bertaburan kulitnya.. bukan kat mana pun dalam sink ajer. Mulutku terus mengomel lagi! ngapa ler beli tembikai sampai sebiji nih, sape nak makan, yang kemarin busuk dalam peri ais. Jawab suaami ku yang nih freshlah tangkai cantik lagi.. aku diam tapi mungkin cara aku reaksi tak bagus.. dia diam saja.

4. Setiap hari aku menyusun kasut dan selipar lebih daripada 6 kali.. ini berlaku lepas bersara dah hampir 3 tahun aku bersara. Entah ler , selalu aku diam saja tapi hari itu aku merungutlah pulak? tolonglah susun kasut bila masuk rumah !! tak larat dah teman susun kasut setiap hari. Tak kira sape masuk anak ke, tetamu ker semuanya kasut bertaburan, serabut kepalaku. Kalau datang ke rumahku , aku tolong susun kasut mereka.. aku tak tahan tenguk bertaburan . Dulu kat pejabat pun aku selalu susun kasut pegawai dan tetamu!! aku tak boleh tenguk bertaburan.

5. Kebetulan satu hari aku penat sangat, suami ke pasar beli ikan punyalah banyak, ikan siakap 2 ekor, ikan kerapu 3 ekor, kepala ikan, sotong, udang dan ayam. Selalunya aku tak merungut pun. Hari itu aku membebel-bebel.. ngapa beli banyak sangat nih.
Jawab suami ku , kita guna untuk seminggu, selalu tak ada masalah, hari itu merungut-rungut, membazirlah, tak habislah.. entah aapa-apa bebelku. Sebenarnya ikan-ikan itu dah bersiang pun, hanya hendak memotong, membasuh dan memasukkan dalam freezer saja. Sampai suami diam.. agaknyer terasa hati.
Aku teringat pesan ibu kalau suami balik bawa barang jangan merungut terima dengan hati redha.


Itulah antara peristiwa yang menunjukkan kelakuan burukku. Tiap-tiba suamiku merungut ya !! Ngapa mika nih ( panggilan suami padaku) asyik marah teman saja, semuanya tak kena ? Patutlah kawan-kawan teman pun cakap bini asyik marah ajer, macam tak suka suami duduk di rumah ? kata suami ku .

Allahu Akbar !! Ya Allah langsung tak ada niat teman nak marah mika Yah (gelaran suami) ... Aku ingat biasa saja. Maaf ya Yah , lain kali tak buat lagi. Ya Allah , akan ku kunci mulut ku selalu. Ada Mata Pandang, Ada Telinga dengar ada Mulut senyap.

Tak ler penting sangat ceritanya... biasa2 saja tapi ncukup mengajar kita. Saya sayang suami, orang lain pun sayang suami masing-masingkan .. mana ada orang yang tak sayang suami.

Khusyuk Dalam Solat !!!!









Solat yang khusyuk bolehlah diertikan Solat yang sempurna zahir dan batin.



Solat yang khusyuk bermula daripada wuduk yang sempurna - Terima Encik Rozali kerana mengingatkan saya tertinggal perkara yang sangat penting sebelum solat. Syukur Alhamdulillah ada yang mengingatinya.


Ketika jasad menghadap ALLAH , HATI juga mengadap ALLAH.

Ketika Jasad tunduk menyembah ALLAH , HATI juga tunduk menyembah ALLAH.

Ketika mulut menyebut ALLAHU AKBAR , HATI juga menyebut ALLAH MAHA BESAR.

Ketika jasad sujud menghina diri, HATI juga sujud menghina diri.

Ketika mulut memuji, mengagongkan dan berdoa kepada ALLAH, HATI juga memuja, merintih dan karam dalam penyerahan kepada ALLAH.



SELAMAT BERSOLAT DENGAN KHUSYUK ...Belajar untuk khusyuk.


Petikan diambil dari : KHUSYUK DALAM SOLAT Oleh MUHAMMAD UQBAH AN NAFIQ , Darul Nu'Man , Kuala Lumpur.
Perhatian : Gambar untuk hiasan sahaja. Credit to Google.



Terima kasih Encik Rozali..
****

Friday, April 9, 2010

Sahutlah Kempen Membaca Kerajaan !!!














Hari ini aku beli buku baru nak dibaca - Tanda-Tanda KECIL, Peristiwa Menjelang Kiamat dan Kisah Hidup 25 NABI & RASUL edisi baru.



Diharapkan AKU akan membaca dengan cepat . Ikut nasihat Tok Guru suruh membaca 2 jam sehari. Kalau ikut nasihat ini tentu purata rakyat Malaysia membaca setahun bertambah-tambah mungkin menjadi 10 buah. Syukur. Maka berjayalah KEMPEN MEMBACA YANG DIGALAKKAN OLEH KERAJAAN.


Wahai Rakyat Malaysia sahutlah seruan ini !!!!



Perhatian : Gambar2 untuk perhiasan sahaja dan credit to Google web.

Saturday, April 3, 2010

Malangnya Nasib Ibu !!! .... 2










Di sebuah kampung tinggal sepasang suami-isteri lingkungan umur 60an. Kehidupan mereka sangat bahagia, malangnya kedua-dua mereka mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Mereka memiliki 10 orang anak, 8 sudah berkahwin dan 2 masih bujang. Pendapatan mereka mencukupi selain pencen suami ada beberapa orang anak menghantar duit setiap bulan untuk keperluan mereka.


Hendak dijadikan cerita seorang anak perempuan mereka bersalin, maka dihantarlah oleh menantu mereka, isteri dan anak-anaknya seramai 5 orang ke rumah mereka. Apalagi kelam kabutlah kedua suami-isteri menguruskan anak mereka dalam pantang dan menguruskan cucu-cucu mereka.



Kasihan si ibu , kakinya bengkak, berdarah masih berlari ke sana, berlari ke sini. Cucu menangis nak susu, anak nak minum, cucu nak mandi, anak juga hendaki dimandikan. Memasak, membasuh kain , uruskan rumah dan segala-galanya.
Pada waktu malam kelihatannya sangat letih, sedih, sedih.
Apabila balik anaknya yang sulung ke rumah mereka , alangkah terkejutnya dia, kerana adiknya telah memperhambakan ibu mereka se hamba-hambanya. Apa yang dapat dibantunya hanya sekadar hujung minggu sahaja. Bertambah sedih lagi si kakak melihat adiknya mengamuk kerana ibunya memberikan makan ikan masin bakar dan ikan bilis goreng saja. Dibalingnya ke luar tingkap sambil menjerit, "Tak ada lauk lain ke ? "


Menggeleng kepala kakaknya, melihat betapa biadap adiknya terhadap ibu mereka.



Ibunya menitiskan air mata, sedih yang tidak terhingga. Sudahlah dihantar oleh menantunya semua anaknya tanpa meninggalkan sesen pun duit, tiba-tiba anaknya pula hendak makan sedap-sedap, di manalah si ibu hendak mencarikan duit untuknya. Susu anaknya si ibu yang belikan. Aduh sedih, sedih.
Kakak menelefon iparnya agar dapat mengambil anak-anaknya, hanya tinggalkan isteri dan bayi saja.





Peristiwa ini menjadikan mereka bermasam muka dan tidak mesra lagi bertahun-tahun lamanya walaupun kedua orang tuanya telah meninggal dunia. Untuk mencukupi 44 hari pantang itu amat menyeksakan si ibu, ayahnya dapat juga mengurangkan penat lelah pada waktu sembahyang di masjid. Melihatkan keadaan ini betapa hairannya kita mengapa ada anak-anak yang sanggup melakukan demikian kepada ibu bapa mereka.
Pada pendapat Aku perkara ini banyak berlaku tetapi disimpan oleh masyarakat kerana si ibu dan bapa tak dapat berbuat apa-apa, ikut keadaan sajalah. Si ibu semakin serius kencing manisnya, kakinya bernanah dan lukanya berlubang kerana asyik masuk ke bilik air menguruskan cucunya.


Marilah kita renung bersama, adakah patut perkara ini berlaku. Sepatutnya kita anak-anak yang menjaga mereka ketika mereka sakit. Ini tidak kita yang menyebabkan mereka dapat penyakit lebih serius . Mereka langsung tidak menolak anak dan cucu mereka untuk dijaga malah mereka pasrah dan redha.
Wahai anak-anak jadikan renungan dari peristiwa ini, kerana ini cerita benar hanya ada dikurang. Sebenarnya lagi serius tetapi nampak macam tidak lojik pula hendak diceritakan.
Selepas tidak sampai 6 bulan Ibu meninggal dunia kerana penyakit kencing manisnya yang serius. Renungkanlah wahai Anak-anak sekalian.

Perhatian : Gambar-gambar hanya untuk hiasan tidak ada kaitan dengan artikel. Credit to Google kerana menggunakan gambar-gambarnya.

Friday, April 2, 2010

Malangnya Nasib Ibu .... 1










Kisah ini sebenarnya berlaku dan aku sendiri melihatnya.

Seorang ibu yang umurnya dalam lingkungan 60an, dianugerahkan anak 6 orang, semuanya bekerja . Ibu ini tinggal bersama dengan anak bungsunya, yang kedua suami isteri bekerja , keluar pagi balik malam..seperti kata orang sekarang " Pergi awai balik sayup" hampir setiap hari kecuali hujung minggu.

Setiap pagi dia menyediakan keperluan anak pergi kerja dan cucu pergi ke sekolah. Kebetulan ketika itu aku sedang cuti bersalin . Pagi-pagi lagi ibu tua sudah menyidai kain baju. Kemudian menguruskan cucu-cucu di rumah seramai 3 orang, persediaan makan minum , mandi dan memakaikan pakaian.

Kelam-kabut pula mengemaskan rumah, menyapu, mengemas dapur dan lain-lain. Tiba-tiba kedengaran si kecil menangis..aku dengar Ibu Cahaya mendodoikan cucunya. "Tidurlah anakku sayang, tidurlah, janganlah menangis , tidurlah.. cepat ibu nak buat kerja." Lama-lama mendodoi tidurlah si kecil.

Cubalah fikir mengapa lagu mendodoi anak semuanya menyebut ibu , ibu dan tak pula disebut nenek nak buat kerja... itu menandakan sepatutnya ibu yang mendodoikannya. Nenek juga cuba menjaga hati cucunya.. ibunya yang mendodoikannya ..hinggalah tertidur' agaknya dia juga turut teringatkan ibunya yang mendodoikannya.

Ibu Cahaya meneruskan kerja, mengangkat kain, menyuap cucu makan, melipat kain dan lain-lain kerja rumah yang orang tak nampak. Melihatkan fizikalnya aku rasa beliau tak mampu melakukan kerjanya, apakan daya kerana anak , dilalui juga untuk menjaga hati anak dan menantu.

Tiba-tiba aku dengar " La mak ni! anak-anak tak mandi lagi ke mak, comotnya.....entah apa-apa lagi leter anak kepada ibu Cahaya.

Sedih perasaanku , beginilah nasib ibu-ibu yang dihambakan oleh anak-anak mereka.
Sepatutnya mereka ketika umur begini, mereka dah boleh berehat , sembahyang, mengaji dan tolong tenguk cucu saja bukan menguruskannya lagi.

Aku rasa sedih hingga mengganggu emosiku mengenangkan nasib si ibu tua.

Esoknya masih sama Ibu Cahaya termengah-mengah menyiapkan kerjanya. Kebetulan pegawai dari Pejabat Kesihatan datang memeriksa jentik-jentik di kawasan rumahku . Sudah tentulah aku dan pembantu rumahku kelam-kabut menunggang air-air yang bertakung mengelakkan daripada takungan yang ada jentik-jentik.

"Mak Cik! ada jentik-jentik kat rumah Mak Cik", tanya Pegawai dari Pejabat Kesihatan.

" Ha ada la nak, kat belakang ni dalam tin ni? Nak buat apa Nak" tanya Ibu Cahaya.

La, fikirku, kesiannya Mak Cik ni ... dia yang carikan jentik-jentik tu, aduh !!.


" Mak Cik ini surat denda kerana ada jentik-jentik kat rumah Mak Cik."

Aku terdiam melihat peristiwa itu. Habislah Ibu Cahaya kena maki hamun anaknya nanti.

Agakkanku ini tepat, anaknya mengamuk tidak terhingga bila dapat tahu kisah itu.

Ya Allah ramai kah anak-anak yang demikian ? simpang Malaikat 44 la, jangan terjadi pada diriku.

Sedih, sedih mengenangkan peristiwa ini, ku simpan hingga 29 tahun baru sekarang aku menceritakannya. Mari kita renung bersama mungkin Ibu Cahaya dah tiada lagi di dunia ini... Tapi kisahnya dapat memperlihatkan betapa anak-anak sanggup menjadikan ibu mereka sebagai Orang Gaji mereka.



Perhatian : Gambar-gambar ini perhiasan semata-mata, tidak ada kaitan dengan cerita tersebut. Credit to Google kerana sumber gambar-gambar.

Thursday, April 1, 2010

Tips Tangani Stress !!! ...
















Bila kita mengalami STRESS maka ambil tindakan SEGERA !!!
Untuk mengatasi dengan segera. Orang Islam memang boleh mengatasinya dengan cepat dengan BERIBADAT - SOLAT, BERZIKIR, BERTAHMID, BERWIRID , MEMBACA AL-QURAN dan lain-lain yang berkaitan.









Ada Tips Menangani STRESS ini .. Cuba lihat ada 10B yang boleh dipilih untuk diamalkan. InsyAllah dapat mengurangkannya dengan segera.

1. Bertenang .


2. Beribadat .















3. Beriadah .









4. Berurut.





5. Berihat/mendengar muzik.




6. Bersenam .







7. Berfikiran Positif.

8. Bernafas dengan dalam.



9. Bercakap dengan seseorang.







10. Bertawakkal kepada Allah.


Perhatian: Gambar-gambar adalah hiasan sahaja, tetapi ada yang kebetulan dengan perbincangan ,tidak ada maksud yang buruk dan berurusniaga. Credit to Google kerana menggunakan gambar2nya. Sekira ada kepentingan sila layar ke wabsite gambar tersebut.