Tuesday, July 20, 2010

Lelaki Idaman Wanita ....4a






















10. Orang Lelaki yang berumur.

Ramai wanita tertarik dengan lelaki lebih tua banyak darinya. Kadang-kadang hingga ke 25 tahun perbezaan umur. Mesti ada sebab mereka tertarik ini. Kononnya lelaki ini lebih sempurna, matang, gentleman dan dah stabil kehidupannya dan wang ringgit tidak menjadi hal lagi.
Malahan ramai yang teringin dan berangan-angan akan mendapat kebahagiaan walaupun menjadi wanita kedua dalam kehidupan lelaki. Memang betul dan kesenangan yang dicurahkan wanita ini boleh hidup senang hingga keluarga pun dapat menumpang. Apa salahnya berkongsi kerana mengikut agama ia dibolehkan, hingga berkahwin empat.

Wanita boleh memilih untuk menjadi isteri yang ke berapa? Tidak lelaki, tidak dinolehkan mereka berbuat demikian. Itulah istimewanya wanita!!!!




11. Lelaki yang menjaga ketrampilan diri.

Mereka ini sentiasa bersih, kemas dan sentiasa berbau Wangi , sangat bergaya menjadikan saham mereka lebih tinggi. Ke mana-mana mereka pergi akan menarik perhatian wanita. Malahan ramai yang ingin berkenalan dan mahu mendampingi mereka.
Ditambahkan pula pergaulan sosialnya baik, komunikasi yang bijak dan pandai menghormati wanita. Apa yang diharapkan wanita semuanya ada padanya. Inilah dikataakan sahamnya semakin tinggi dan nilainya semakin naik.





12. Lelaki yang mantap personalitinya.
Seorang lelaki yang gagah, pemurah, hormat wanita, tidak kuat merajuk. Mempunyai pendirian yang tetap/teguh/tidak goyang. Ia juga mempunyai sifat yang tenang ,tidak menggelabah dan steady sahaja dalam mengatasi masalah. Sering dapat berkomunikasi dengan baik dan berkualiti. Mempunyai Nilai-nilai peribadi yang ideal untuk menjadi kepala keluarga . Ini juga menjadi lelaki idaman wanita.


Perhatian : Gambar-gambar yang dipamerkan hanya untuk hiasan sahaja tidak ada kaitan dengan artikalnya. Credit to Google . Untuk maklumat lanjut sila masuk website gambar berkaitan ..

Lelaki Idaman Wanita ..... 3a





7. Lelaki yang pandai Berjenaka/Berlawak.

Ramai Wanita terpikat dengan Lelaki yang pandai berjenaka, kerana selalunya menimbulkan suasana ceria dan penuh dengan warna kehidupan yang gilang-gemilang. Pada pandangan wanita, lelaki yang pandai berjenaka adalah lelaki yang tidak yang tidak berlakon dalam watak kehidupannya. Tak tahulah sejauh mana pendapat itu betul.


Sekira jenakanya berlebihan hingga tak ada batasnya pun menyebabkan wanita menyampah pada lelaki tersebut. Lelaki mesti bijaksana dan bijaksini dalam memberi batasan antara perkara yang lawak dengan yang serius.. Ini bermakna ada batasannya, jadi lelaki perlu bijak meletakkan tempat yang sesuai dalam komunikasinya.



8. Lelaki yang Romantik.

Ye kah? yang ini tak reti nak mengulasnya. Seingat aku ada kawan aku susah hati nak berkahwin dengan tunangnya kerana tunang lurus bendul , tak romantik langsung. Katanya ? malu pulak dah tua-tua nak menyebutnya he he he!! Kata kawanku..aku takutlah tunangku tak pandai cium aku nanti?
Aku gelak bagai nak pecah perut ketika itu.. aku nasihat padanya.. Tak adalah kau jangan risau, atau kau ajarlah dia kalau dia tak tahu. haha ha ! gelakku besar. Memang wanita merasakan romantik itu perlu ada dalam kehidupan suami-isteri.

Semua lelaki ada sifat itu sama ada hendak ditunjukkan atau disimpan secara tersirat tetapi kaum wanita nampaknya memerlukan sifat-sifat romantik pasangannya dan dapat merasaakan ia dihargai, disayangi, dibelai dengan penuh kasih sayang bukan berpura-puraan.


9. Lelaki yang senang memberi Penghargaan.

Wanita mengidamkan pasangan yang tidak kedekut memberi pujian. Lelaki yang nampak kelebihan2annya, kerajinannya, kecantikan, kemenawanannya(betulkah nih?), kepekaan, keayuan, ketakwaannya.. dan memberi penghargaan, pujian, tunjuk kasih sayang, memberi belaian dan sentiasa memberi terima kasih pada yang sepatutnya.

Alangkah bahagianya wanita kalau selalu diambil perhatian oleh pasangannya, dia dapat melupakan kekurangan yang ada pada pasangannya dan dapat bertolak ansur dalam banyak perkara. Oleh itu kaum lelaki tak perlu terlalu ego dalam melayani kerenah pasangannya atau isterinya.

Wanita mengharapkan lelaki dapat bertolak ansur dalam melayari kehidupan rumahtangga mereka. Tanyalah wanita mana pun tak kira Melayu, Cina atau India.. semuanya menjawab, kami memerlukan lelaki yang bertolak ansur dan dapat merasakan pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam kehidupan mereka..hargailah dengan pujian, terima kasih dan kasih sayang.


Perhatian : Gambar-gambar hanya hiasan tidak memberi maksud kepada artikel, credit to Google.

Monday, July 19, 2010

Lelaki Idaman Wanita .... 2 a

Wanita mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang lelaki idaman mereka. Kadang-kadang mungkin kedengaran luar biasa bagi orang-orang tua.. tetapi pada mereka itulah pilihannya.











4. Lelaki Yang Mempunyai Pekerjaan Yang Hebat.

Masyarakat kita dari dulu lagi dah menjadikan pekerjaan lelaki adalah merupakan status bagi lelaki tersebut. Bila tonton tv/filem/drama sampai sekarang ini masih pekerjaan melambangkan kedudukan status seseorang.. kerjaya doktor, jurutera, peguam,arkitek, pensyarah, ahli2 perniagaan menjadi rebutan untuk dijadikan menantu. Tak usahlah dinafikan hingga sekarang.



5. Lelaki yang Matang dan Bijaksana.

Wanita tertarik dengan lelaki yang matang dan bijaksana, lelaki yang bersikap keanak2an walaupun dah dewasa tidak disukai wanita. Apakah yang dimaksudkan matang pada wanita?
Iaitu lelaki yang dapat membuat keputusan yang baik , memberi pendapat yang bernas, dan mampu memberi nasihat dan tunjuk ajar yang betul kepada pasangannya. Cara-cara berbicara menampakkan kebijaksaannya dan tidak menunjukkan kebodohan yang menjangkalkan.
Lelaki yang dapat dapat membimbing dalam hal-hal berkaitan dengan Agama, mampu menjadi Imam dalam soalat, maka ia di pandang tinggi oleh wanita. Kebanyakkan wanita sangat bersyukur sekira pasangannya boleh berbuat demikian.



6. Lelaki yang gentleman .

Sikap gentleman lelaki sangat-sangat menarik hati wanita. Mereka mengidamkan lelaki demikian sebagai pasangannya. Mempunyai sikap yang beradap ,lemah-lembut, sabar, sentiasa menghormati wanita, memberi layanan yang baik, tutur-kata yang manis dan sentiasa bertolak ansur.
Ada Wanita memilih ciri ini sebagai salah satu yang penting, walaupun tak kaya, tidak mempunyai pekerjaan yang baik tetapi sudah cukup untuk menawan hati wanita. Wanita mengharapkan ia akan berkekalan sehingga berumah-tangga. Memanglah sepatutnya demikian, bukan berlakon untuk menunjukkan watak yang demikian.

Catatan: Gambar-gambar hanya hiasan sahaja, credit to Google website. Sila layari gambar berkaitan untuk keterangan lanjut.

Sunday, July 18, 2010

Lelaki Idaman Wanita .... 1 a.










Lelaki Idaman - bermaksud lelaki bagaimana yang diidamkan/mahu/yang dikehendaki/yang diinginkan oleh wanita. Walau bagaimanapun mereka bertolak-ansur memilih kriteria yang mengikut kehendak keluarga, Agama dan keinginan mereka sendiri , selalunya tidak dapat 100% sebagaimana yang dikehendaki tetapi mereka menerima sekiranya ada 60% daripada kemahuan mereka, mencukupi untuk diubahsuai setelah berumahtangga.



1. Lelaki yang kacak/handsome
Mana-mana wanita akan tertarik terus kepada lelaki yang kacak/handsome. Pandangan pertama inilah kriteria yang utama. Kebanyakan pengkaji mengatakan demikian. Namun setelah itu datanglah lain ciri yang selalu diutarakan baik oleh Agama atau keluarga. Tidak sesiapa dapat menafikannya...kecuali setelah berfikir banyak kali barulah persepsi itu bertukar.








2. Lelaki Kaya
Lelaki kaya akan mempamerkan kekayaannya.. secara berpakaian yang menawan, pakaian berjenama seperti: Baju, seluar, kasut, jam tangan,tali pinggang dan lain perhiasaan seperti gelang, cincin, cermin mata , beg , handphone dan berbagai-bagai lagi. Kereta merupakan tarikan utama kepada wanita.. terutama wanita yang mata duitan.. itulah yang dilihatnya dulu. Jangan tipulah kata wanita tidak terpikat dengan jenis kereta-kereta mewah, seperti BMW, Honda, Mercedes, Porsche, Ferrari, Lamborghini dan lain-lain lagi.


3. Lelaki Solehah
Menjadi minat wanita yang solehah juga. Wanita biasa juga minat kepada lelaki yang solehah ini kerana mereka bersedia nanti apabila kahwin sebagai suami ia akan membimbing isterinya. dalam kajian mengatakan ramai wanita memilih calon suami yang beragama .. untuk melindungi mereka bagi kehidupan di dunia dan Akhirat. Mereka memerlukanya untuk bersama semasa tua nanti. Walaupun dia kurang amalan Agamanya tetapi memerlukan Lelaki Idaman tahu tentang Agama , menjamin kebahagian hidup nsetelah berumah tangga.


Sambungan: Akan disambungkan nanti.... ok.

Berikan komen, Rumusan akan dibuat kemudian setelah menyatakan kesemua kriteria lelaki idaman itu.


Perhatian: Gambar-gambar hanya sebagai perhiasan, tidak ada kaitan dengan artikel dan tidak bertujuan urusniaga atau menyentuh peribadi seseorang, sekiranya berminat sila masuk ke website gambar berkenaan.Credit to Google.com.my

Manjakani Memberi Kesempurnaan yang Syahdu ... 2

BACAAN UNTUK WANITA SAHAJA ...LELAKI JANGAN BACA YE!!



Aku kenal buah ini apabila berada dalam pantang. Ibuku memberi aku makan buah ini setelah dimasak bercampur dengan nasi dalam rice cooker. Pahit memang pahit tetapi khasiatnya sangatlah tinggi.Ibu juga mengasah biji ini pada pecahan pasu bunga.. dia suruh aku menyapunya dipintu rahim, menurutnya akan menyebabkan pintu rahim semakin rapat. Menurut ibu, orang dulu-dulu merendam biji Manjakani dalam buyung air dan setiap kali setelah bersuci mereka menggunakan air dalam buyung tersebut untuk membilas pintu rahim kita.

Aku bising menanya...untuk apa dan mengapa perlu melakukannya. Didapati air tersebut menyebutkan pakaian dalam aku menjadi kuning..seolah-olah kena getah buah..menjadi macam kotor.
Wedding - Mukreek & Nadira Wedding - Mukreek & Nadira
Ibu aku bising!! merungut aku nih banyak kerenah..susah hendak menurunkan ilmu. Aku takut ibu kecil hati , aku lakukan apa yang disuruhnya dan tak banyak soal lagi. Rupanya barulah aku tahu khasiatnya. Ia dapat mengecilkan pintu rahim kita sampai tertutup rapat..cantik dan mantap sekali, barulah diketahui khasiatnya , tetapi ibu tidaklah menyebutkan dengan terang-terangan.


Ibu menggunakan bahasa kiasan yang halus dan membawa maksud yang mendalam sekali. Barulah aku faham duduk perkara.Dipesan juga kena diamalkan selalu supaya memberi kesempurnaan yang syahdu pada kedua-dua pasangan dalam memenuhi keperluan jasmani dan rohaninya.

Ohhhh!!!!! Baru aku faham.. Maaf ya Ibu.. mohon ampun

Sayang Atuk Ku ... 2


Aku dengar suara Atukku kuat omelannya, sekejap ke depan sekejap ke belakang. Mana paip aku nih!! Sape mengusik paip aku nih, ha. Mak saudaraku menyampuk, tadi ayah ke sungai..tertinggal kat sana kut?
Aku tanya Enda (mak saudara) ..kat mulut Atuk tu kan ada paip?

Isk!! dia ada 4,5 paip..dia cari yang lain ler tu!! Ya jugak fikirku. Aku diam saja, kami sangat menghormati Atuk, kurang bercakap, tapi cakapnya terpakai, bukan saja anak cucunya, tetapi sekampung sangat menghormatinya.
Atuk kembali lagi..tak ada kat sungai katanya. Azmah, kamu nampak paip Atuk? aku dah nak cakap kat mulutnya..tapi takut pulak dikata apa nanti..tenguk saja ler !!!

Aku lihat Atukku ke dapur..aku ikut , rasanya nak bagi tau juga..tapi apakan daya tak ada kekuatan, umurku ketika itu lebihkurang 12 tahun. Enda aku sedang sibuk memasak untuk makan tengahari.. Atukku pergi ke dapur dan mengambil puntung kayu dan menghidupkan paipnya. Ehhhh !!! Ini paip aku?

Endaku menyampuk...ha!! ingatkan ayah cari paip lain? Kami semua ketawa, tetapi perlahan-lahan, hingga badan bergoyang-goyang menahan gelihati..Atukku berlalu..macam tak ada apa yang berlaku.. ha ha ha!!! Lawaklah Atuk nih !!! Kesah ini dan berpuluh tahun berlalu ..tinggal kenangan kepada anak cucu, diturunkan ceritanya. Aku ubah suai untuk menjadi satu cerita..he he he!! Sayang Atukku . Ya Allah ampunkan dosa atuk, dosa ibu dan ayahku, kesihanilah mereka!! ..Aminnn.



Gambar paip untuk hiasan saja .Credit to Google.

Saturday, July 17, 2010

Hati Seorang Wanita ....













Hatiku setiap kali mendengar wanita diseksa suami berkali-kali terasa sangat sayu. Aku tahu mereka sangat lembut hatinya hingga menganggap suami itulah tempat mereka bergantung. Aniayailah mereka kemudian pujuk mereka kembali , nanti mereka akan percaya dan terus hidup dengan suaminya itu.

Kemudian ada salah sikit sahaja , maka ditendang, terajang, pukul, sepak dan apa yang mereka rasa hendak lakukan mereka lakukan sesuka hati, langsung tidak memikirkan keselamatan isterinya... nanti pujuk lagi, rayu lagi dan janji berbagai-bagai lagi. Maka isterinya akan lembut dan menurut apa kehendak suaminya.

Dalam hukumnya memang kita kena taat pada suami, memang janji syurga untuk wanita itu sekiranya dia seorang muslim yang taat dan mengerjakan Ibadat dengan taat kepada hukum Allah.


Namun demikian ada wanita yang berbeza perwatakan mereka, sekiranya mereka dilakukan demikian oleh suami mereka, mereka mengambil jalan mengikut undang-undang. Melaporkan kepada pihak berkuasa dan mengambil tindakan mahkamah. Seterus akan mengambil keputusan yang baik untuknya, anak-anaknya dan keluarganya. Itu pun mereka perlu bantuan dan sokongan keluarga, rakan-rakan, pihak berkuasa dan NGO-NGO yang berkaitan.

Negara kita mempunyai undang-undang yang baik sama ada undang Syariah atau Undang-undang Sivil. Masalahnya sukar untuk membenterasnya kerana yang terlibat hanya mendiamkannya diri apabila sudah tersangat serius barulah hendak mengambil tindakan.


Itulah masaalahnya. Oleh yang demikian kita ahli-ahli masyarakat perlu perihatin keadaan sekeliling tempat tinggal, tempat kerja dan di mana-mana sekiranya ada kes-kes melibatkan penderaan wanita.


Credit to Google.

Kasih Datuk Kasih Abadi ... 2





Aku ada seorang abang yang tinggal bersama atuk diwaktu kecilnya. Dia sangat disayangi oleh Atuk..apa yang dia buat semuanya menjadi hiburan kepada Atukku. Emak saudaraku dah tak tahan dengan kerenahnya, apa yang dibuatnya.. semuanya menyusahkan mereka.


Satu hari waktu makan tengahari , abangku hilang entah ke mana, jenuh dipanggil tapi tak menjawab. Masing-masing dah susah hati, mencari ke sana ke mari dia tak ada. Masing-masing dah bimbang sekejap lagi Atuk balik tentu mereka kena marah.



Opahku teringatkan sesuatu!! " Coba kamu tenguk dalam bilik!! kut dia main bawah katil besi dan tempat simpan tikar tu? Berlari mereka ke situ.. masuk ke bilik saja ..Aduh busuknya..abangku dah melepas di situ. Menjerit-jerit kedua Mak saudaraku, mengadu pada Opahku!!

Isk budak nih!! tak lalu aku dibuatnya? ..Cepat cuci nanti Ayah kamu balik, lain pulak ceritanya. Dia buang air besar dalam gulungan tikar mengkuang itu...menjerit-jeritlah mak saudaraku, abangku berlari ke sana ke mari dengan gembiranya..umur dalam 4 tahun.


Bila Atuk balik!! abangku lari ke bucu dinding, macam takut lak dia. Opah pun cerita ler kat Atuk.. cerita lucu yang tak lucu itu.. Atukku ketawa terbahak-bahak, gembiranya.. Semua terkejut, ingatkan atuk nak rotan abangku.. eh tidak!! jadi lawak ler pulak, abangku gembira,, tersengeh-sengeh tenguk Atuk gembira. Mak-mak saudaraku nak kata apa, turut ketawa juga.. riuhlah serumah.


Kisah itu menjadi bualan Atukku... diceritakan kepada semua. Ibuku menceritakan padaku peristiwa yang lucu tapi tak lucu itu. Aku pun turut gembira..Tapi sedihnya semua watak yang ada dalam kisah di atas, semuanya telah meninggal dunia. Bukan aku bertujuan hendak menghina tapi sekadar mengeluarkan kisah-kisah benar yang ada dalam simpananku.

Kalau aku pergi tentu kisah ini akan pergi bersamaku.. aku tinggalkan di sini, untuk tatapan anak cucuku. Betapa kasih sayang seorang datuk kepada cucunya.



Gambar-gambar di ruangan ini hanya hiasan semata-mata,
Gambar Mint dengan Datuknya.

Monday, July 12, 2010

Cik Yang - Tokoh Guru Daerah Gombak 2010.








Syukur Alhamdulillah.. pada tahun ini saya telah dipilih menjadi Tokoh Guru Daerah Gombak . Terima kasih kepada Tuan Sulaiman bin Wak Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor Darul Ehsan. Puan Dayang Fatimah Abang Narudin Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Gombak kerana memberi pengiktirafan yang begitu tinggi kepada saya. Rasanya perkhidmatan saya tidaklah begitu cemerlang hanya sederhana sahaja. Saya sudah bersara dari perkhidmatan Perguruan selama 3 tahun setelah berkhidmat menjadi guru selama 31 tahun, memegang jawatan pengetua selama 15 tahun.

Bersyukur kepada Allah kerana telah memberi kesihatan yang baik hingga sekarang ini.. diharapkan dapat menghabiskan sisa-sisa hidup ini dengan kegiatan yang berkaitan dengan Amal Ibadah, urusan rumahtangga, menjadi isteri , ibu dan opah yang baik. Rasanya terlalu banyak terhutang dengan suami dan anak-anak kerana terlalu memberi perhatian yang serius kepada kerjaya. Kata suami saya , saya telah menjiwai jawatan pengetua sepenuhnya. Beliau sering kali menemankan saya apabila melawat sekolah pada waktu malam. Sepatutnya saya berbangga dengan keupayaannya memberi sokongan yang padu pada saya.

Kemungkinan juga saya selalu bernasib baik , kena pada tempat dan ketikanya hingga sekolah yang saya pimpin begitu cemerlang sekali. Ini adalah gabungan guru-guru, murid-murid, Pibg, Ibubapa, masyarakat setempat, PPD Gombak, JPNS dan KPM memberi kekuatan yang padu hingga dapat memantapkan kejayaan dalam semua bidang yang diceburi. Kadang-kadang saya sendiri pun merasakan, betulkah apa yang kami terima ini betul-betul datang dari usaha kami semua atau sudah ketentuan Illahi yang kami akan cemerlang .Saya selalu bersyukur, kemungkinan kalau orang lain pun di sekolah itu dia juga akan cemerlang.. pada pendapat saya, Saya berada di tempat yang betul pada masa dan ketikanya hingga saya berjaya di situ.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan termasuklah guru-gurunya, murid-muridnya, Pibgnya, ibubapanya, kakitangan bukan guru juga pekerja-pekerja pembersihannya, pengawal keselamatannya serta pengusaha kantin dan pekerjanya. Terima kasih juga pada Puan Patifah Shamsudin dan pegawai-pegawai PPD yang memberi kepercayaan kepada saya , merupakan satu pengiktirafan yang tinggi bagi diri saya yang kerdil ini.

Terima kasih juga kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah tempat saya pernah berkhidmat dulu iatu SMK Guar Chempedak, Gurun, Kedah.
SMK Derma , Kangar, Perlis.
SMK Raja Abdullah Kepung,Kuala Lumpur.
SMK Selayang Baru, Batu Caves, Selangor .
SMK Taman Selayang, Batu Caves, Selangor.
SMK Bukit Gading, Kuang, Selangor.
SMK Ideal Heights, Batu Caves, Selangor.

Sekian terima kasih, sedia menerima pandangan dan usul-usul dari kawan-kawan untuk renungan bersama , maklumlah saya sudah berada di senja hari menunggu saja berlabuhnya malam yang syahdu.

Ada Masalah? Jangan Risau Ada Cara Penyelesaiannya ....


Sahabat-Sahabat sekalian, Setiap insan di mana mereka berada pun mesti ada masalah. Hanya yang membezakannya sebesar mana masalah itu dan sekecil mana masalah itu. Setiap kita akan mencuba untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah tersebut. Kadang-kadang kalau masalah itu terlalu besar hingga ada yang menamatkan riwayat hidupnya.. Nauzubillah ..

Bagaimanakah kita hendak mengatasi masalah itu ?

* Supaya kita tidak jadi PEMARAH
* Supaya kita tidak jadi PENDENDAM
* Supaya kita tidak jadi PERENGUS
* Supaya kita tidak jadi TERPUKUL
* Supaya kita tidak SEDIH
* Supaya kita tidak BERDUKA
* Supaya kita tidak jadi LESU
* Supaya kita tidak KECEWA

Jangan risau sahabat-sahabat sekalian - Kumpulkan masalah itu semuanya dan bungkuskan dan serahkan kepada Allah.. Allah yang Maha Berkuasa menentukannya.. tentu ada hikmah apa yang berlaku kepada kita. Serahkan semuanya dengan Ikhlas dan percaya sepenuhnya atas kekuasaan Allah dan dipanjatkan dengan Doa.

Kita juga perlu mendidik diri kita menjadi seorang yang penyabar, kuat iman, berpendirian, bersopan-santun, berbudi bahasa, baik hati, bertanggungjawab, amanah dan lain-lain sifat yang baik-baik yang perlu ada pada seorang INSAN MULIA.

Peranan ibu bapa sangat besar agar dapat menerapkan nilai-nilai moral yang baik kepada anak-anak mereka supaya memberi mereka jalan apabila mereka menghadapi masalah, mereka dapat mengatasinya dengan sangat berhemah.. InSyAllah.

Jangan Lupa yang utama apa-apa pun Tiang Agama mesti ditanam sekukuhnya menampung kekuatan setinggi Menara Kuala Lumpur atau Menara Kembar Petronas.. hujan, ribut, banjir belum tentu dapat merobohkan kecuali Allah mengizinkan untuk diroboh.

Salam Sayang untuk semua !!! Hidupku hanya sementara saja ...Alhamdulillah hidupku sihat keluargaku bahagia dengan izin Allah jua. Mari kita berdoa bersama-sama untuk ketenangan dan kebahagian hidup kita semua di samping diredha Allah SWT.... AMIIN.


Credit to cartoon_stork_CoolClips.

Saturday, July 10, 2010

MEMAHAMI AL-MA'THURAT ..




MANUSIA lahir di atas dunia ini dibekali dengan fitrah. Di samping itu manusia juga membawa nafsu dan keinginan yang selalu mewarnai corak kehidupan seseorang. Namun begitu Allah SWT telah membimbing manusia dengan wahyu dan akal yang ada pada dirinya sendiri, sehingga segala godaan dari syaitan dap...at dihadapi dengan jiwa taqwa dan hati yang bersih.

Tidak semua jiwa mendapat hidayah dan bimbingan Allah dan tidak semua jiwa mengetahui cara yang terbaik dalam mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung.Sehingga ramai yang tersesat ke lembah kebodohan dan kenistaan hidup yang berpanjangan. Sesungguhnya keteguhan jiwa itu dapat dicapai dengan aqidah yang kukuh, solat, zikir, doa, istighfar dan ibadah-ibadah yang dianjurkan Allah SWT untuk mengerjakannya.

Petikan Dari Al-Ma'thurat & Surah Yasin , As Syahid Imam Hassan Al Banna.

Untuk renungan sahabat-sahabat yang dikasihi. Tidak pandai untuk mengulasnya... masih belajar...Ya Allah , bukakanlah pintu hati kami untuk sentiasa bertaqwa padaMu... Amiin.