Tuesday, July 20, 2010

Lelaki Idaman Wanita ..... 3a





7. Lelaki yang pandai Berjenaka/Berlawak.

Ramai Wanita terpikat dengan Lelaki yang pandai berjenaka, kerana selalunya menimbulkan suasana ceria dan penuh dengan warna kehidupan yang gilang-gemilang. Pada pandangan wanita, lelaki yang pandai berjenaka adalah lelaki yang tidak yang tidak berlakon dalam watak kehidupannya. Tak tahulah sejauh mana pendapat itu betul.


Sekira jenakanya berlebihan hingga tak ada batasnya pun menyebabkan wanita menyampah pada lelaki tersebut. Lelaki mesti bijaksana dan bijaksini dalam memberi batasan antara perkara yang lawak dengan yang serius.. Ini bermakna ada batasannya, jadi lelaki perlu bijak meletakkan tempat yang sesuai dalam komunikasinya.



8. Lelaki yang Romantik.

Ye kah? yang ini tak reti nak mengulasnya. Seingat aku ada kawan aku susah hati nak berkahwin dengan tunangnya kerana tunang lurus bendul , tak romantik langsung. Katanya ? malu pulak dah tua-tua nak menyebutnya he he he!! Kata kawanku..aku takutlah tunangku tak pandai cium aku nanti?
Aku gelak bagai nak pecah perut ketika itu.. aku nasihat padanya.. Tak adalah kau jangan risau, atau kau ajarlah dia kalau dia tak tahu. haha ha ! gelakku besar. Memang wanita merasakan romantik itu perlu ada dalam kehidupan suami-isteri.

Semua lelaki ada sifat itu sama ada hendak ditunjukkan atau disimpan secara tersirat tetapi kaum wanita nampaknya memerlukan sifat-sifat romantik pasangannya dan dapat merasaakan ia dihargai, disayangi, dibelai dengan penuh kasih sayang bukan berpura-puraan.


9. Lelaki yang senang memberi Penghargaan.

Wanita mengidamkan pasangan yang tidak kedekut memberi pujian. Lelaki yang nampak kelebihan2annya, kerajinannya, kecantikan, kemenawanannya(betulkah nih?), kepekaan, keayuan, ketakwaannya.. dan memberi penghargaan, pujian, tunjuk kasih sayang, memberi belaian dan sentiasa memberi terima kasih pada yang sepatutnya.

Alangkah bahagianya wanita kalau selalu diambil perhatian oleh pasangannya, dia dapat melupakan kekurangan yang ada pada pasangannya dan dapat bertolak ansur dalam banyak perkara. Oleh itu kaum lelaki tak perlu terlalu ego dalam melayani kerenah pasangannya atau isterinya.

Wanita mengharapkan lelaki dapat bertolak ansur dalam melayari kehidupan rumahtangga mereka. Tanyalah wanita mana pun tak kira Melayu, Cina atau India.. semuanya menjawab, kami memerlukan lelaki yang bertolak ansur dan dapat merasakan pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam kehidupan mereka..hargailah dengan pujian, terima kasih dan kasih sayang.


Perhatian : Gambar-gambar hanya hiasan tidak memberi maksud kepada artikel, credit to Google.

7 comments:

  1. hehehhe semua tu betul..tp yg kelakar pasal tunang yg lurus bendul tu la..confirmed punye laki tu pandai cium :P

    ReplyDelete
  2. bagi saya,bila kita mencinati seseorang,dialah yg terbaik,tersempurna dimata kita..:)

    ReplyDelete
  3. owh..saya suka lelaki yang mengambil berat....susahnya nak dapat lelaki camtu ek....

    ReplyDelete
  4. e.l.i.z.@ he he he~~~ itu ceriter betul..anak2 dah besar pun. Begitulah kehidupan manusia ... selalu fikir yang negatif dulu...

    ReplyDelete
  5. Kamsiah , saya setuju.. itu pilihan kita , terimalah seadanya. Hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

    ReplyDelete
  6. Cik Lynda Wawa - Salam , InsyAllah ada..tapi kena usahalah, Akhirnya kitra akan dapat. Banyakkan doa agar dipertemukan dengan hamba Allah yang demikian. InsyAllah.

    ReplyDelete
  7. i suka lelaki yg baik hati..and penyabar and suka kanak2..hihihi

    ReplyDelete