Saturday, July 17, 2010

Hati Seorang Wanita ....













Hatiku setiap kali mendengar wanita diseksa suami berkali-kali terasa sangat sayu. Aku tahu mereka sangat lembut hatinya hingga menganggap suami itulah tempat mereka bergantung. Aniayailah mereka kemudian pujuk mereka kembali , nanti mereka akan percaya dan terus hidup dengan suaminya itu.

Kemudian ada salah sikit sahaja , maka ditendang, terajang, pukul, sepak dan apa yang mereka rasa hendak lakukan mereka lakukan sesuka hati, langsung tidak memikirkan keselamatan isterinya... nanti pujuk lagi, rayu lagi dan janji berbagai-bagai lagi. Maka isterinya akan lembut dan menurut apa kehendak suaminya.

Dalam hukumnya memang kita kena taat pada suami, memang janji syurga untuk wanita itu sekiranya dia seorang muslim yang taat dan mengerjakan Ibadat dengan taat kepada hukum Allah.


Namun demikian ada wanita yang berbeza perwatakan mereka, sekiranya mereka dilakukan demikian oleh suami mereka, mereka mengambil jalan mengikut undang-undang. Melaporkan kepada pihak berkuasa dan mengambil tindakan mahkamah. Seterus akan mengambil keputusan yang baik untuknya, anak-anaknya dan keluarganya. Itu pun mereka perlu bantuan dan sokongan keluarga, rakan-rakan, pihak berkuasa dan NGO-NGO yang berkaitan.

Negara kita mempunyai undang-undang yang baik sama ada undang Syariah atau Undang-undang Sivil. Masalahnya sukar untuk membenterasnya kerana yang terlibat hanya mendiamkannya diri apabila sudah tersangat serius barulah hendak mengambil tindakan.


Itulah masaalahnya. Oleh yang demikian kita ahli-ahli masyarakat perlu perihatin keadaan sekeliling tempat tinggal, tempat kerja dan di mana-mana sekiranya ada kes-kes melibatkan penderaan wanita.


Credit to Google.

10 comments:

  1. Kasih sayang perlu dipupuk di dalam rumahtangga agar anak lelaki kita tahu menghargai setiap wanita

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cik Yang

    setiap wanita itu ibu
    sama seperti ibu kita
    jadi kena hormat semua wanita
    Insyaallah

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. sedih bila ada nasib wanita yang tak terbela T_T

    ReplyDelete
  4. salam....
    yang baik jadikan tauladan..
    yang elok jadikan ikutan
    yang AGONG jadikan panduan
    yang indah jadikan idaman
    yang kasih biar berkekalan....

    ReplyDelete
  5. Aida Ali~ Saya setuju sangat pendapat Cikgu tu!! Kita dah mendidik anak2 kita dari awal lagi supaya mereka pandai menghargai kehidupan ini.

    ReplyDelete
  6. Rozali ~ Waalaikum Salam!! Memang betullah ,sepatutnya demikian, peratus yang nakal tu patut kita kurangkan dari masa ke semasa.. InsyAllah.

    ReplyDelete
  7. Nor Anati ~ Salam terima kasih menziarah saya ye .. begitulah kehidupan.. Diharapkan di masa depan dapat dibenteraskan kejadian demikian.

    ReplyDelete
  8. Pak Long ~ Terima kasih kata2 hikmnat ini.. Boleh saya gunakannya sebagai pinjaman kata2. ok kan??

    ReplyDelete
  9. wnita umpama mutiara... tp terlalu lembut,so perlu dbentuk dan dibimbing dgn sempurna...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih Greenscarpet.... setuju.

    ReplyDelete