Sunday, July 18, 2010

Manjakani Memberi Kesempurnaan yang Syahdu ... 2

BACAAN UNTUK WANITA SAHAJA ...LELAKI JANGAN BACA YE!!



Aku kenal buah ini apabila berada dalam pantang. Ibuku memberi aku makan buah ini setelah dimasak bercampur dengan nasi dalam rice cooker. Pahit memang pahit tetapi khasiatnya sangatlah tinggi.Ibu juga mengasah biji ini pada pecahan pasu bunga.. dia suruh aku menyapunya dipintu rahim, menurutnya akan menyebabkan pintu rahim semakin rapat. Menurut ibu, orang dulu-dulu merendam biji Manjakani dalam buyung air dan setiap kali setelah bersuci mereka menggunakan air dalam buyung tersebut untuk membilas pintu rahim kita.

Aku bising menanya...untuk apa dan mengapa perlu melakukannya. Didapati air tersebut menyebutkan pakaian dalam aku menjadi kuning..seolah-olah kena getah buah..menjadi macam kotor.
Wedding - Mukreek & Nadira Wedding - Mukreek & Nadira
Ibu aku bising!! merungut aku nih banyak kerenah..susah hendak menurunkan ilmu. Aku takut ibu kecil hati , aku lakukan apa yang disuruhnya dan tak banyak soal lagi. Rupanya barulah aku tahu khasiatnya. Ia dapat mengecilkan pintu rahim kita sampai tertutup rapat..cantik dan mantap sekali, barulah diketahui khasiatnya , tetapi ibu tidaklah menyebutkan dengan terang-terangan.


Ibu menggunakan bahasa kiasan yang halus dan membawa maksud yang mendalam sekali. Barulah aku faham duduk perkara.Dipesan juga kena diamalkan selalu supaya memberi kesempurnaan yang syahdu pada kedua-dua pasangan dalam memenuhi keperluan jasmani dan rohaninya.

Ohhhh!!!!! Baru aku faham.. Maaf ya Ibu.. mohon ampun

6 comments:

  1. salam ziarah..

    terima kasih dgn info yg diberi..walaupun sy belum berkahwin, tp sgt berguna buat sy..

    ~tp my mom slalu pesan, tak usah nak try jamu pape, sbb xkwen lg

    ReplyDelete
  2. mmg byk khasiatnya...sy pernah cuba masa dlm pntang....buat basuhan lepas buang air...

    ReplyDelete
  3. salam cik yang...
    hemmm nampaknya kena beli manjakani dan simpan dlm peti ais buat stok ni...saya tak pernah tgk manjakani yg fresh mcm tu...biasa dok minum ja,yg dh dicampur dlm mcm2 ubat/jamu...

    ReplyDelete
  4. Brilliant Marjan~ Salam ziarah kembali.. Ouup muda lagi nih!! jangan, jangan makan lagi.. bahaya nanti he he he~

    ReplyDelete
  5. nza ~ Terima kasih ziarahnya... saya juga gunakannya, tapi tak berapa suka kerana getahnya. Saya amalkan penggunaannya.

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah kembali Kamsiah !! Oh ya ker.. boleh didapati dikedai2 mamak...banyak stoknya jangan risau.

    ReplyDelete