Tuesday, April 5, 2011

Didiklah Guru-Guru Kita ....



Untuk kepentingan Pendidikan Negara Malaysia yang tercinta, Mengikut Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang telah dicipta.





"Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika sedang menyiasat kes kecurian." Petikan dari blog terima kasih.

Berita ini sangat mengejutkan, bukan sahaja di Perlis tetapi gempar seluruh Negara. Dimanakah salah dan silapnya hingga terjadi kejadian demikian. Siapakah Yang Hendak Disalahkan? .

Guru tersebut ?

Murid tersebut ?

Keluarga murid tersebut ?

Pengetua sekolah tersebut ?

Guru2 sekolah tersebut ?

Sistem pengurusan sekolah tersebut ?

Sistem Pendidikan di negara kita ?



Kejadian telah pun berlaku, kita berdoa semoga tidak berlaku lagi hingga
menyebabkan kematian kepada anak murid kita. Kita selalu beranggapan sekolah dan
asrama adalah tempat yang selamat untuk anak kita.


Kita mengharapkan siasatan dapat dijalankan dengan penuh keadilan dan pihak
berkuasa tentu dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik. Menjadi pengajaran
kepada semua pihak agar perkara ini tidak berlaku lagi.


Kisah ini berlaku pada anakku, Anakku dituduh oleh kawannya mencuri wangnya,
kebetulan diletakkan dalam kotak pensilnya, sebanyak RM6.00. Guru kelas memanggil
anakku, mungkin penyiasatan dijalankan .... bertubi-tubi kali tanya dan disoal.
Mengikut anakku, dia menerangkan itu wangnya yang dikumpul dari wang belanjanya
setiap hari. Kata gurunya memanglah orang mencuri mana mengaku dirinya mencuri. Ini
menyebabkan anakku sangat sedih.... balik ke rumah masih sedih.

Perubahan itu memang ketara sekali, Aku pun menyoal siasat.. aku pun takut juga, Kut kut dia yang mengambil wang tersebut. Dia menerangkan setiap hari dia mengumpulnya. Aku tanya apa yang dibelanjanya setiap hari.... dan lain2 soalan yang relevan .

Apabila aku berpuas hati barulah aku ke sekolah berjumpa dengan gurunya. Aku sanggup
membayarnya sekiranya guru terus menuduhnya, aku anggapkan sebagai sedekah.


Setelah guru menyiasat dengan saksi-saksi sekali barulah dapat keputusan yang anakku
bukan mencurinya dan ada perkara lain yang menyebabkan duitnya hilang. Bagaimana
sekiranya aku tidak ke sekolah berjumpa dengan gurunya.. tentulah dia yang dituduh.

Bagaimana dengan budak lain kalau sekiranya dituduh dan ada saksi2 yang palsu, tidak
memberitahu ibu bapanya, tentulah ia akan menerima hukuman, walaupun ia tidak
bersalah. Kadang-kadang penyiasat memaksa dia mengaku...inilah perkara-perkara yang
perlu ditimbangkan dalam kes-kes demikian di sekolah.


Ini hanya satu kes kecil yang berlaku, nampaknya sangat ringan tetapi memberi impak
yang sangat besar kepada kanak-kanak , kesan pada jiwa mereka, emosi mereka
terganggu dan kemungkinan tingkahlaku mereka juga berubah.


Oleh yang demikian kita mengharapkan pihak sekolah memberi tunjukajar yang mantap
kepada guru-guru agar mereka dapat Ilmu yang sepatutnya mereka ada. Jangan
tangkapmuat saja bila melantik guru-guru berkaitan. Kita kena memberi keadilan
kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa supaya tidak berlaku lagi perkara-
perkara yang sepatutnya tidak berlaku di bsekolah sebagai tempat yang selamat untuk
murid-murid dan guru-gurunya.

Usaha Tangga Kejayaan !!!











" Benarlah USAHA itu TANGGA Kejayaan,

Tetapi Jika TIADA Kesungguhan dan NIAT

Bukan kerana ALLAH.

Samalah seperti ANDA gunakan TANGGA itu

Untuk TURUN ke BAWAH sahaja".



Bagaimana YA ? Kalau kita TURUN tangga juga kerana

ALLAH .."


Fikir-fikirlah bersama-sama.... Setiap Mutiara Kata itu perlu diterjemahkan dalam situasi tertentu.... Semuanya BAIK sekiranya terjemahan kita IKHLAS dan AMANAH kerana ALLAH TAALA.

Janganlah kita cepat MELATAH ...!!!


Petikan Mutiara Kata dari Diari Islam., terima kasih. Terima kasih Google..

Sunday, April 3, 2011

Anda Ada Berani ?










" Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan BENIH

untuk mencapai KEUNGGULAN HIDUP.

Tetapi BENIH itu tidak akan tumbuh Seandainya tidak DIBAJAI

dengan KEBERANIAN "


">Anda Ada Berani ?

Mutiara kata dalam Diari Islam.

Anda Setuju Ke ?













" Orang yang sebenarnya berani
ialah mereka yang tak lekas patah hati,
tetapi bertahan dengan menghadapi
setiap dugaan dan cabaran."



"Manusia tidak dapat mengubah
rupa bentuk mukanya,
tetapi jika dia mahu,
dia boleh mempercantikkan budinya".



He he he!!! sekarang ini boleh dipertikaikan.


Petikan dari Mutiara Kata Diari Islamiah 2011

Terima kasih Google