Monday, July 19, 2010

Lelaki Idaman Wanita .... 2 a

Wanita mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang lelaki idaman mereka. Kadang-kadang mungkin kedengaran luar biasa bagi orang-orang tua.. tetapi pada mereka itulah pilihannya.











4. Lelaki Yang Mempunyai Pekerjaan Yang Hebat.

Masyarakat kita dari dulu lagi dah menjadikan pekerjaan lelaki adalah merupakan status bagi lelaki tersebut. Bila tonton tv/filem/drama sampai sekarang ini masih pekerjaan melambangkan kedudukan status seseorang.. kerjaya doktor, jurutera, peguam,arkitek, pensyarah, ahli2 perniagaan menjadi rebutan untuk dijadikan menantu. Tak usahlah dinafikan hingga sekarang.



5. Lelaki yang Matang dan Bijaksana.

Wanita tertarik dengan lelaki yang matang dan bijaksana, lelaki yang bersikap keanak2an walaupun dah dewasa tidak disukai wanita. Apakah yang dimaksudkan matang pada wanita?
Iaitu lelaki yang dapat membuat keputusan yang baik , memberi pendapat yang bernas, dan mampu memberi nasihat dan tunjuk ajar yang betul kepada pasangannya. Cara-cara berbicara menampakkan kebijaksaannya dan tidak menunjukkan kebodohan yang menjangkalkan.
Lelaki yang dapat dapat membimbing dalam hal-hal berkaitan dengan Agama, mampu menjadi Imam dalam soalat, maka ia di pandang tinggi oleh wanita. Kebanyakkan wanita sangat bersyukur sekira pasangannya boleh berbuat demikian.



6. Lelaki yang gentleman .

Sikap gentleman lelaki sangat-sangat menarik hati wanita. Mereka mengidamkan lelaki demikian sebagai pasangannya. Mempunyai sikap yang beradap ,lemah-lembut, sabar, sentiasa menghormati wanita, memberi layanan yang baik, tutur-kata yang manis dan sentiasa bertolak ansur.
Ada Wanita memilih ciri ini sebagai salah satu yang penting, walaupun tak kaya, tidak mempunyai pekerjaan yang baik tetapi sudah cukup untuk menawan hati wanita. Wanita mengharapkan ia akan berkekalan sehingga berumah-tangga. Memanglah sepatutnya demikian, bukan berlakon untuk menunjukkan watak yang demikian.

Catatan: Gambar-gambar hanya hiasan sahaja, credit to Google website. Sila layari gambar berkaitan untuk keterangan lanjut.

8 comments:

  1. salam..memang suka bab ni.TQ

    ReplyDelete
  2. Citarasa masing2..
    Tp tak semuanya leh dpt pun.
    Kkdg kita sbg pempuan terlalu memilih tanpa sedar kita pun ada kelemahan yg mungkin bkn dlm list ciri2 wanita idaman kepada lelaki idaman kita tersebut, hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Yang

    N3 yang bagus untuk dijadikan panduan.
    Kalau cari pasangan biarlah yang ada ilmu agama,kalau cari yang kaya belum tentu bahagia selamamnya.

    ReplyDelete
  4. Ayah Zain , Salam ziarah kembali. Terima kasih ziarahnya.

    ReplyDelete
  5. Cek Wa ~ Terima kasih, saya menghargai komennya.

    ReplyDelete
  6. Alona ~ Terima kasih komen.. semuanya dipersetujui.. akhirnya balik kepada .. Tepuk Dada Tanya Iman.

    ReplyDelete
  7. Zaitun ~ Salam!! Saya setuju komennya.. tentu akhirnya kita akan balik juga kepada Agama. Tapi kalau dapat yang kaya dan kuat agama ..cam na? tentulah bestkan.. hehe~~

    ReplyDelete