Monday, July 12, 2010

Cik Yang - Tokoh Guru Daerah Gombak 2010.








Syukur Alhamdulillah.. pada tahun ini saya telah dipilih menjadi Tokoh Guru Daerah Gombak . Terima kasih kepada Tuan Sulaiman bin Wak Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor Darul Ehsan. Puan Dayang Fatimah Abang Narudin Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Gombak kerana memberi pengiktirafan yang begitu tinggi kepada saya. Rasanya perkhidmatan saya tidaklah begitu cemerlang hanya sederhana sahaja. Saya sudah bersara dari perkhidmatan Perguruan selama 3 tahun setelah berkhidmat menjadi guru selama 31 tahun, memegang jawatan pengetua selama 15 tahun.

Bersyukur kepada Allah kerana telah memberi kesihatan yang baik hingga sekarang ini.. diharapkan dapat menghabiskan sisa-sisa hidup ini dengan kegiatan yang berkaitan dengan Amal Ibadah, urusan rumahtangga, menjadi isteri , ibu dan opah yang baik. Rasanya terlalu banyak terhutang dengan suami dan anak-anak kerana terlalu memberi perhatian yang serius kepada kerjaya. Kata suami saya , saya telah menjiwai jawatan pengetua sepenuhnya. Beliau sering kali menemankan saya apabila melawat sekolah pada waktu malam. Sepatutnya saya berbangga dengan keupayaannya memberi sokongan yang padu pada saya.

Kemungkinan juga saya selalu bernasib baik , kena pada tempat dan ketikanya hingga sekolah yang saya pimpin begitu cemerlang sekali. Ini adalah gabungan guru-guru, murid-murid, Pibg, Ibubapa, masyarakat setempat, PPD Gombak, JPNS dan KPM memberi kekuatan yang padu hingga dapat memantapkan kejayaan dalam semua bidang yang diceburi. Kadang-kadang saya sendiri pun merasakan, betulkah apa yang kami terima ini betul-betul datang dari usaha kami semua atau sudah ketentuan Illahi yang kami akan cemerlang .Saya selalu bersyukur, kemungkinan kalau orang lain pun di sekolah itu dia juga akan cemerlang.. pada pendapat saya, Saya berada di tempat yang betul pada masa dan ketikanya hingga saya berjaya di situ.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan termasuklah guru-gurunya, murid-muridnya, Pibgnya, ibubapanya, kakitangan bukan guru juga pekerja-pekerja pembersihannya, pengawal keselamatannya serta pengusaha kantin dan pekerjanya. Terima kasih juga pada Puan Patifah Shamsudin dan pegawai-pegawai PPD yang memberi kepercayaan kepada saya , merupakan satu pengiktirafan yang tinggi bagi diri saya yang kerdil ini.

Terima kasih juga kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah tempat saya pernah berkhidmat dulu iatu SMK Guar Chempedak, Gurun, Kedah.
SMK Derma , Kangar, Perlis.
SMK Raja Abdullah Kepung,Kuala Lumpur.
SMK Selayang Baru, Batu Caves, Selangor .
SMK Taman Selayang, Batu Caves, Selangor.
SMK Bukit Gading, Kuang, Selangor.
SMK Ideal Heights, Batu Caves, Selangor.

Sekian terima kasih, sedia menerima pandangan dan usul-usul dari kawan-kawan untuk renungan bersama , maklumlah saya sudah berada di senja hari menunggu saja berlabuhnya malam yang syahdu.

26 comments:

  1. salam cikgu yang
    tahniah2x.............. moga cikgu bahagia. jasamu sentiasa di kenang

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cik Yang

    Alhamdulillah
    Syukur
    Taniah

    atas anugrah yg diterima

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan cikgu...tahniah..!1

    ReplyDelete
  4. tahniah
    kerana menjadikan pendidikan sebagai satu media kecemerlangan diri......

    ReplyDelete
  5. Salam cik Yang

    Tahniah,terpilih menjadi tokoh guru.
    Tentu banyak jasa2 yang telah diberikan dan dah tentu ramai diantara murid2 Cik Yang berjaya dalam berbagai bidang.

    ReplyDelete
  6. tahniah kak krn trpilih sbg tokoh guru...bkn calang2 org dpt anugerah sebesar nie......

    ReplyDelete
  7. salam buat cikgu..
    tahniah pak long ucapkan...moga terus dimurahkan rejeki..

    ReplyDelete
  8. Salam cik Yang

    Tahniah...tahniah...tahniah.:-)

    ReplyDelete
  9. Salam Cikgu.
    Tahniah atas penganugerahan ini.Semoga cikgu terus cemerlang dan diberkati Allah swt serta ceria selalu disamping keluarga.

    ReplyDelete
  10. salam..cikgu yang,,thniah ya,,.teruskan kecemerlangan...sy dh add fb cikgu..selamat berkenalan...

    ReplyDelete
  11. Tahniah cikgu Yang. Cikgu memang layak

    ReplyDelete
  12. Ieda Al-Habsyi ... Terima Kasih Tahniahnya... jemputlah selalu ziarah Akak, menjadi motivasi untuk menulis.. he he he *_^

    ReplyDelete
  13. iBu ..gUru , Terima kasih UCAPANnya... Saya gembira Puan menziarahi saya , selalu2 lah untuk menaikan motivasi menulis saya. He he he~~ @_*

    ReplyDelete
  14. Rozali , Terima kasih Cikgu Tahniahnya. Komen2 Cikgu memberi motivasi yang baik kepada saya... terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Kamsiah ~ Salam perkenalan kembali .. Terima kasih Ucapannya sudi menziarah saya.

    ReplyDelete
  16. Werdah ~ Salam kembali, Terima kasih Tahniahnya.

    ReplyDelete
  17. Jinggo ~ Salam, Terima kasih Ucapannya... kebetulan pada saya, kalau orang lain berada di sekolah itu pun mungkin mereka juga menerimanya. Takdirnya untuk saya, Syukur Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  18. Zaitun ~ Terima kasih Ucapannya, kebetulan saja.. sebenarnya semua orang layak mendapatkannya. Salam.

    ReplyDelete
  19. Nza ~ Terima kasih ucapannya. Kebetulan saja, saya dapat anugerah itu.. sama saja tugasnya dengan orang lain, sudah ditakdir untuk saya mendapatnya. Salam

    ReplyDelete
  20. Pak Long~ Terima kasih ucapannya.. berbesar hati kerana ramai rakan menziarah saya dan mengucapkan tahniah. Salam Pak Long.

    ReplyDelete
  21. Mamawana ~ Terima kasih Ucapannya... Saya menghargainya. Salam.

    ReplyDelete
  22. Roha ~ Salam, Terima kasih ucapannya, Saya menghargainya. Semoga sama-sama kita berjaya.

    ReplyDelete
  23. Kedahgurl ~ Terima Kasih Girl, semoga mencapai kejayaan cemerlang... saya tumpang gembira.

    ReplyDelete
  24. Aida Ali ~ Terima kasih Ucapannya Cikgu!! InsyAllah Cikgu nanti pun mendapatkannya, melihat kegigihan cikgu, saya kagum. Tahniah.

    ReplyDelete