Monday, April 12, 2010

Malangnya Nasib Ibu !!! ... 3










Seorang ibu yang dikenal dengan panggilan Tuan Pah, berlatar belakang seorang yang berada, setiap bulan pendapatannya dari rumah sewa saja melebihi RM5000 tidak termasuk lain-lain pendapatan. Kehidupannya agak mewah walaupun ibu tunggal. Mempunyai 6 orang anak yang telah bekerja dan berumah tangga serta mempunyai beberapa orang cucu.

Apa yang menjadikan cerita apabila Tuan Pah sakit, sebelum ini dia dibantu oleh pembantu yang dicarikan oleh anaknya dari Indonesia. Anak-anak tidak mengesahkannya kerna segala keperluannya dapat diuruskannya sendiri. Penyakit kencing manisnya menjadi serius, matanya menjadi kabur dan berat badannya bertambah hingga memerlukan tenaga lelaki menguruskannya. Pembantu rumahnya tidak berdaya lagi untuk membantunya bangkit dari tempat tidurnya. Sepatut setiap hari mestilah anak lelakinya datang untuk membantunya untuk mandi. Pada peringkat awal sakit memang ada anak yang membantu tetapi selepas 4, 5 bulan mereka jarang menjenguknya terserahlah kepada pembantunya.


Pembantunya digaji sampai RM800 sebulan tetapi lepas seorang, seorang berhenti kerana ceritanya Tuan Pah tersangatlah garang , jangan ada yang tak kena maka dimaki hamunnya , ia masih dapat bercakap dengan baik. Makannya kena disuap, lauk tak sedap pun akan menjadi hal, ditepis pinggannya bertaburanlah nasinya.

Pembantu datang seminggu berhenti, datang berhenti. Ini menimbulkan masalah kepada anak-anak dan menantunya. Dia tak diuruskan dengan baik, sakitnya bertambah serius , lukanya menjadi-jadi, baunya dah mula busuk sampai satu bilik hingga anak cucu merasakan bebanan, dan jaga sekadar saja. Tuan Pah banyak harta, dusun, kebun dan rumah sewa dan lain-lain.


Akhirnya anak-anak sepakat untuk menghantarnya ke rumah amal orang tua-tua dan dibayar dengan penjagaan jururawat dan doktor sekali. Setiap bulan dikenakan bayaran RM3000. Ini tidaklah menjadi hal kepada mereka kerana pendapatan Tuan masuk setiap bulan. Sedihnya anak-anak tidak menjenguk langsung, sedangkan ketika itu ia perlukan belaian kasih sayang anak cucunya.

Semakin hari ia semakin teruk, pihak rumah amal telah memberitahu keluarganya agar membawanya pulang kerana harapan sangat tipis untuk sembuh. Semua anak langsung tidak mempedulikannya. Agaknya hanya menunggu Tuan Pah menutupkan matanya dengan lebih cepat lebih baik.

Tidak lama kemudian Tuan Pah menghembuskan nafasnya dalam keadaan yang sangat daif tanpa ada anak-anaknya membantunya di saat akhir. Pergilah dia mengadap Allah tanpa sesiapa cuba membantunya. Setelah meninggal barulah anak-anak datang menguruskannya, mungkin mereka lebih gembira Tuan Pah telah pergi .

Maklumlah harta yang ditinggalnya sangatlah banyak. Cubalah kita sama-sama renungkan betapa deritanya si ibu tua yang telah menjalankan kewajipannya sebagai seorang ibu hingga anak-anak berjaya dalam hidup mereka. Tidak ada sedikit perasaan kasih sayang untuknya ketika dia mengakhiri hidupnya.

Wahai anak-anak bayangkan peristiwa itu berlaku pada diri kita, Bagaimana ? insaflah......BERSIHKANLAH HATI KITA DAN HATI KELUARGA KITA !!!


Gambar-gambar hanya hiasan sahaja tidak ada kaitan dengan artikel , Credit to Google.

14 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu Yang

    mari lah kita berdoa agar zuriat kita dlm pemeliharaan Allah dan menjadi anak2 yg soleh serta tinggi akhlak
    amin

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum cik Yang.

    Innalillahi wainna ilahi raaji'uun. Mudah2an kita dapat sentiasa mendoakan anak2 kita dan kita sendiri daripada mengalami perkara ini. Banyak doa-doa para nabi agar dikurniakan anak yg soleh dinukilkan Allah swt buat ikutan dan amalan kita. InsyaAllah.

    Mudah2an Che Pah diampunkan segala dosa dan ditempatkan di kalangan org2 beriman.

    N3 baru saya http://kacamata-coretan.blogspot.com/2010/04/aduhai-anak.html

    ReplyDelete
  3. Salam kak Cik Yang...
    Semoga anak2 kita menjadi anak2 yg soleh dan solehah dan kita juga sentiasa mengenang jasa kedua ibu bapa...

    ReplyDelete
  4. En Rozali - Terima kasih ...Amin.

    ReplyDelete
  5. kacamata - Waalaikum salam, Saya setuju , semoga segala-gala menjadi baik2 belaka. InsyAllah.

    ReplyDelete
  6. E-na Zarina - Salam !! InsyAllah.

    ReplyDelete
  7. salam cikgu
    dah lama x jenguk blog cikgu..bz sikit
    oh..cikgu suka berkarya tak?
    marilah join saya dan kawan-kawan
    www.kapasitor.net
    :)

    ReplyDelete
  8. asalamualikum...
    berkunjung perdana disini
    salam kenal...

    ReplyDelete
  9. salam cikgu..insaf..semuga Allah permudahkan segala urusan hidupku dan matiku..amin.

    ReplyDelete
  10. UbiKentang Sofa _ Salam.. Suka juga tapi satu pun tak jadi buku lagi !!! kerana tak tahu caranya. InsyAllah.

    ReplyDelete
  11. Bunglon Blog - Waalaikum salam ..terima kasih kunjungannya.

    ReplyDelete
  12. Mereka ni anak-anak materialistik...

    ReplyDelete
  13. Miecyber - Terima kasih lawat blog saya !!

    ReplyDelete