Blog ini hanyalah celoteh berdasarkan pengalaman saya dari zaman kanak-kanak sehingga kini..
Saturday, April 17, 2010
Kasih Ibu Membawa Ke Syurga !!! .... ulangan.
Aku masih terbayang-bayang wajah ibuku yang meninggal dunia akibat penyakit kencing manis. Ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya.
Bekerja siang malam menambah nafkah untuk membantu ayahku.Pagi-pagi lagi dah bangun tidur menyediakan kuih muih, nasi lemak dan pulut untuk ku jual dalam perjalanan ku ke sekolah.
Pagi-pagi lagi aku berteriak kuat, kuih,kuih, nasi lemak, pulut inti , ku ulang berkali-kali sampai ke sekolah.Selalunya jualanku habis, senang hati ibuku, terbayang senyuman puasnya.Bertahun-tahun aku menyimpan rahsia ini, baru inilah teringin pulak rasanya nak berkongsi pengalaman ini.
Gembira hatiku bila mendengar cerita Datuk Siti pun menjaja kuih waktu kecilnya he he he. Ayah rajin sangat semua kerja dilakukannya, menjala ikan seperti ikan keli , ikan haruan, ikan sepat, ikan puyu dan udang. Aku membantu ibu menyiang ikan untuk dikeringkan dan dibuat pekasam.
Hari Jumaat aku keliling kampung menjual taugeh yang ditanam oleh ayahku.Tergiang-giang ditelingaku lagi, togeh, togeh.
Semua kenangan ini aku simpan dalam lipatan sejarah hidupku. Ku coretkan kini untuk ditatap anak cucuku.Pengalaman yang tak boleh dijual dan tak boleh dibeli. Syukur Alhamdulillah.
Ya Allah !!! Ampunkan dosa-dosa ibuku dan letakkannya bersama orang yang Solehah .. Amin Ya Rabbal Alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ye..kenangan dengan bersama ayah dan mak tak mungkin dpt dilupakan..dah bnyak jasa mereka..naz terkilan sebab bila anak2 dah senang ayah dah tiada utk merasainya..
ReplyDeleteNazz - Terasa sayu le bila disebut bila kita dah senang mereka dah tiada !!! memang betul!! dah takada rezeki nak bagi mereka gembira dengan hasil yang mereka tanam dulu!! Banyak2kan sedekah/doa untuk mereka, semoga Allah sampaikan kepada mereka InsyAllah.
ReplyDeleteCikgu Yang, macam mana ibu bapa kita memberi peluang kepada kita hidup selesa di hari ini, begitulah juga harapan kita untuk anak2 kita kan, kasih ibu bapa memang membawa ke syurga...!
ReplyDeletekasih ibu membawa ke syurga..teringat kisah2 lama bila membaca n3 ni..thanks
ReplyDeleteTerima kasih kawan2 kerana melawat saya.
ReplyDelete