Blog ini hanyalah celoteh berdasarkan pengalaman saya dari zaman kanak-kanak sehingga kini..
Friday, April 2, 2010
Malangnya Nasib Ibu .... 1
Kisah ini sebenarnya berlaku dan aku sendiri melihatnya.
Seorang ibu yang umurnya dalam lingkungan 60an, dianugerahkan anak 6 orang, semuanya bekerja . Ibu ini tinggal bersama dengan anak bungsunya, yang kedua suami isteri bekerja , keluar pagi balik malam..seperti kata orang sekarang " Pergi awai balik sayup" hampir setiap hari kecuali hujung minggu.
Setiap pagi dia menyediakan keperluan anak pergi kerja dan cucu pergi ke sekolah. Kebetulan ketika itu aku sedang cuti bersalin . Pagi-pagi lagi ibu tua sudah menyidai kain baju. Kemudian menguruskan cucu-cucu di rumah seramai 3 orang, persediaan makan minum , mandi dan memakaikan pakaian.
Kelam-kabut pula mengemaskan rumah, menyapu, mengemas dapur dan lain-lain. Tiba-tiba kedengaran si kecil menangis..aku dengar Ibu Cahaya mendodoikan cucunya. "Tidurlah anakku sayang, tidurlah, janganlah menangis , tidurlah.. cepat ibu nak buat kerja." Lama-lama mendodoi tidurlah si kecil.
Cubalah fikir mengapa lagu mendodoi anak semuanya menyebut ibu , ibu dan tak pula disebut nenek nak buat kerja... itu menandakan sepatutnya ibu yang mendodoikannya. Nenek juga cuba menjaga hati cucunya.. ibunya yang mendodoikannya ..hinggalah tertidur' agaknya dia juga turut teringatkan ibunya yang mendodoikannya.
Ibu Cahaya meneruskan kerja, mengangkat kain, menyuap cucu makan, melipat kain dan lain-lain kerja rumah yang orang tak nampak. Melihatkan fizikalnya aku rasa beliau tak mampu melakukan kerjanya, apakan daya kerana anak , dilalui juga untuk menjaga hati anak dan menantu.
Tiba-tiba aku dengar " La mak ni! anak-anak tak mandi lagi ke mak, comotnya.....entah apa-apa lagi leter anak kepada ibu Cahaya.
Sedih perasaanku , beginilah nasib ibu-ibu yang dihambakan oleh anak-anak mereka.
Sepatutnya mereka ketika umur begini, mereka dah boleh berehat , sembahyang, mengaji dan tolong tenguk cucu saja bukan menguruskannya lagi.
Aku rasa sedih hingga mengganggu emosiku mengenangkan nasib si ibu tua.
Esoknya masih sama Ibu Cahaya termengah-mengah menyiapkan kerjanya. Kebetulan pegawai dari Pejabat Kesihatan datang memeriksa jentik-jentik di kawasan rumahku . Sudah tentulah aku dan pembantu rumahku kelam-kabut menunggang air-air yang bertakung mengelakkan daripada takungan yang ada jentik-jentik.
"Mak Cik! ada jentik-jentik kat rumah Mak Cik", tanya Pegawai dari Pejabat Kesihatan.
" Ha ada la nak, kat belakang ni dalam tin ni? Nak buat apa Nak" tanya Ibu Cahaya.
La, fikirku, kesiannya Mak Cik ni ... dia yang carikan jentik-jentik tu, aduh !!.
" Mak Cik ini surat denda kerana ada jentik-jentik kat rumah Mak Cik."
Aku terdiam melihat peristiwa itu. Habislah Ibu Cahaya kena maki hamun anaknya nanti.
Agakkanku ini tepat, anaknya mengamuk tidak terhingga bila dapat tahu kisah itu.
Ya Allah ramai kah anak-anak yang demikian ? simpang Malaikat 44 la, jangan terjadi pada diriku.
Sedih, sedih mengenangkan peristiwa ini, ku simpan hingga 29 tahun baru sekarang aku menceritakannya. Mari kita renung bersama mungkin Ibu Cahaya dah tiada lagi di dunia ini... Tapi kisahnya dapat memperlihatkan betapa anak-anak sanggup menjadikan ibu mereka sebagai Orang Gaji mereka.
Perhatian : Gambar-gambar ini perhiasan semata-mata, tidak ada kaitan dengan cerita tersebut. Credit to Google kerana sumber gambar-gambar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Cikgu Yang
ReplyDeleteApakah dosa siibu hingga anak sanggup melakukan yg tak sepatutnya
Wassalam
Ya Allah..bila sy bce blog ni sy teringtkn ibu di umah.sedeynya bila ibu yg menjaga kita dari kecil dilayan sebegitu..mntk dijauhkn sy melayan insan yg plg sy syg mcm 2..
ReplyDeletesayangi ibu kita ....betul tu cikgu...syurga di telapak kaki ibu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya pernah mendengar seorang anak berkata, "Daripada bayar nurseri, lebih baik saya suruh mak yang jaga anak2, bukan tak bagi duit.." Tapi dia lupa bahawa ibunya sudah tidak sekuat dulu..kesian si nenek...
ReplyDeleteSalam cikgu Yang. Sungguh tak patut. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui
ReplyDeletesalam tksh perkongsian.
ReplyDeletesaya berasa sedih & terkilan bila terbaca/terlihat ibu2 terabai, apatah lagi disakiti.
sejak lahir hingga skrg,
setiap langkah ku diiring dengan doa restu ibu, tanpa doa restunya, ketenagan kedamaian dan kebahagiaan tidak mungkin saya kecapi.
tksh ibu ku,
tksh semua ibu2 yg sentiasa berkorban yg akhirnya terkonban demi kasih sayang utk keluarga.
smga allah menempatkan diri mu dikalangan yg terbaik antara yg terbaik disisinya.
lambaian terakhir sempena hari ibu.
http://myname63.blogspot.com/2009/06/menyusuri-jln-kebahagiaan.html
saya sayang mak saya!!!takkan sesekali saya buat mak saya sedih..insyaallah...
ReplyDeletemasih wujud lagi ke anak yang macam tu? sampai hati betol dorang buat mak dorang macam tu eh? ape punye anak la ni..mintak2 dijauhkan segala perlakuan yang macam tu..amin..
ReplyDeleteSalam semua! Terima kasih memberi komen dan melawat saya. InsyAllah saya akan mengunjung tetamu2 saya kembali. Wassalam.
ReplyDelete