Thursday, January 14, 2010

Ini Sape Yang Kantoi Nih!!

Setiap tahun sekolah mengadakan Perkhemahan Tahunan. Pada malam kedua kami menjalankan aktiviti burung hantu. Di mana murid yang mengambil bahagian matanya ditutup dan dibawa oleh ajk berjalan hingga kedudukan mereka agak berasingan antara satu sama lain.Ini memberi pengalaman ketahanan diri dan kesabaran menghadapi cabaran.

Canopy Walk

Malam itu aku teringin hendak mengusik murid yang nampak sangat takut. Aku kelilingi dia dan semburkan minyak wangi kepadanya, apalagi murid itu menjerit? sekuat hatinya! meraung-raung, mak! mak!- tolong adik takut nih?

Aku panik dan cuba memeluknya dan berbisik!! ini cikgu nih..dia tak peduli dengan mata tertutup dia berlari ke sana kemari!!. Aku pegangnya dengan kuat sambil menjerit ini pengetua nih jangan takut? ...barulah dia tenang.

National Park, Kuala Tahan , Pahang.

Aduh!! Kantoi aku malam itu.. kenangan yang sukar hendak dilupakan hingga hari ini.. aku pun terlupa nak tanya namanya. Mungkin dia juga terfikir...Terkantoi Pengetua ku!!he he he.

No comments:

Post a Comment