
Setelah selesai dengan Bangunan Colmar kami bergerak ke Kampung Jepun di Bukit Tinngi itu. Suasana nyaman jauh dari bunyi kenderaan. Dalam hutan tropika itu terdapat beberapa buah rumah Jepun dan spa. Pengunjung boleh menyewanya untuk bermalam di situ.

Aku rasa macam tak selamat sahaja, tak ada pagar keliling dan berkonsep terbuka. Bunyi burung-burung, cengkerik , reriang begitu kuat sekali memecah kesunyian ketika itu. Sungguh tenang... tapi aku rasa takut kalau tinggal seorang dalam hutan itu. Mengapa ya? sedangkan aku bukanlah penakut sangat.


Create Your Badge