Friday, January 29, 2010

Berurut, Bertungku dan Bersalai/berdiang... panas! panas!!

Pagi-pagi lagi ibu menyediakan air mandiku, lengkap dengan bebagai jenis daun seperti daun lamuni, daun pandan, cekur, daun sirih, daun kunyit, daun kaduk dll yang direbus buat mandian.

Ibu menbantuku supaya cepat aku dapat mandi. Selepas mandi ibu menyapu minyak ke badanku, minyak rempah-ratus dan disuruh baring atas pangkin/katil yang hanya dilapikkan dengan tikar mengkuang. Aku diurut oleh bidan dari atas kepala hingga turun ke kaki. Aku berpesan padanya, urut perlahan-lahan sebab tak suka dan tak pernah berurut. Tetapi sedap pula rasanya..setelah berurut.



Setelah selesai berurut ibuku menungkuku. Ada tungku batu diletakkan di belakangku kiri dan kanan dekat bahagian pahaku. Tungku besi digunakan untuk menungku bahagian perutku. Kadang-kadang rasa sakit, ada kadang rasa enak dan lega perutku setelah aku kentut, dan sedawa membuang angin.

Aku diberi sarapan pagi, nasi dimasak dengan daun lamuni dimakan dengan sambal daing dan ikan bilis digoring tanpa minyak dan ditumbuk dengan lada hitam. Aku dibagi air suam 1/2 cawan sahaja. Sedangkan aku haus yang amat sangat.

Setelah selesai aku disuruh baring atas pangkin yang di bawahnya telah siap dengan arang yang telah terbakar. Woouuu!! panasnya... aku berpusing-pusing supaya seluruh badanku terkena bahang tersebut. Ibuku mengambil halia yang dicampur dengan minyak tanah dan dilumur diperutku, serta dipakaikan barut.

Mukaku disapu dengan bedak khas untuk orang bersalin yang juga dibuat oleh ibu. Sekejap-kejap ibu menghantar air akar kayu untuk diminum. Tidak menjadi masalah padaku minum akar kayu dan air kunyit ...yang aku tak tahan ialah air minum disekat...yang ini susah sikit, aku ada curi minum kerana dah tak dapat menahan dahaga lagi. Sepanjang-panjang hari aku berihat saja..urusan anakku diambil alih oleh ibu.


Gambar-gambar ini untuk hiasan sahaja

2 comments:

  1. mengikut tradisi itu kadang2 payah jugak kan.. huu~

    ReplyDelete
  2. Ye lah!!! Bukannya wajib,buatlah apa yang patut, janji kita sihat untuk meneruskan kehidupan kita kan..huu~

    ReplyDelete