Friday, January 22, 2010

Aku ke Aster * Spring hari ini.





Aku dah hampir masuk ke zon warga emas. Untuk menjaga kesihatan kulit aku ambil keputusan menukar ke " Skin Care" yang baru. Setelah survey ke beberapa tempat aku rasa brand Dermalogica sesuai untukku. merepair kulit ku yang telah tua dan dah mula kendur dan kulit-kulit mati berada di sana-sini... he he he!. Itu memang dah jadi agenda proses kehidupan manusia, tak dapat dinafikan lagi.

Sebelum ini aku pakai brand tuuuuutt ....tak boleh sebut bahaya!! sebenarnya skin carenya juga bagus ..sajalah nak ubah sikit, biasalah dah rasa jemu dengannya nak ubah rasalah pulak.

Tenguklah! hasilnya selepas 7 kali treatment, konsepnya lebih kepada menjaga kesihatan bukan untuk 'make-up - persolekkan'. Sebenarnya selama hari ini pun aku jaga kesihatan kulit tapi bila melancong kita tak tahu yang mana kita boleh lakukan dan yang mana tak boleh. Rupanya kulit aku sangat sensitif, terkena saja air sulfur gunung berapi, terus jadi seperti kulit mati!!

Aku rujuk pada Pakar Kulit Dr. Mohd Nor.. katanya ini bukan penyakit, tapi kesan ada berlaku konflikasi dalam kulit!!.. sapu lotion akhirnya akan baik. Sekarang nih nampaknya semakin baik. Alhamdulillah, dikabulkan permintaanku.

Kulitku sangat kering!! aku pun tahu doktor dah bagi tahu aku kekurangan air!! sebenarnya aku sebenarnya memang kurang mengambil air!! sedangkan badan kita memerlukan 2 liter air satu hari. Aku tak sampai pun satu liter yang mampu ku ambil.. dah jadi kebiasaan yang sangat sukar hendak diubah.

Aku janji pada diriku , kena minum air yang cukup untuk kesihatan badan kita. Jadikan amalan yang baik. Sekiranya tidak memudaratkan kita. Fikirkanlah!!!

No comments:

Post a Comment