Friday, January 15, 2010

Pucuk Paku! Oh Pucuk Paku!!












Ibu memintaku memetik pucuk paku di belukar tepi sungai di depan rumahku. Aku mengajak adikku membantu mengutip pucuk paku tersebut. Hari itu ibu memasak sayur lemak pucuk paku, menjadi hidangan kami sekeluarga. Berselera kami adik-beradik menikmatinya walaupun dihidang dengan ikan masin goreng.

Hari ini aku masak sayur paku untuk hidangan keluarga, nampaknya aku dan suami saja menikmatinya. Pucuk paku nih mempunyai Vitamin B dan E yang dapat membantu sel badan daripada rosak.

Hanya nanti akan tinggal kenangan saja lawak berkaitan dengan Oh!! Orang Melayu ni kuat makan pucuk paku, makan belimbing besi, makan jambu batu,makan kacang botol dan lain-lain.

Diharapkan sayur pucuk paku akan terus mendapat sambutan daripada orang ramai. Kaum ibu kenalah memasak menu sayur pucuk paku bagi membiasakan anak-anak menikmatinya dan bukan menjadikan suatu yang luar biasa. Diharapkan nanti akan ada kebun pucuk paku untuk membekalkan kepada pasar-pasar seluruh negara.

InsyAllah berjaya sekiranya ada agensi yang membantu untuk memasarkannya.











No comments:

Post a Comment