Monday, January 18, 2010

Sakitnya Mencari Seorang Isteri...

Wedding - Mukreek & Nadira

Kawanku masih belum terkabul pencariannya. Ramai rakan-rakan wanita yang merapat kepadanya, tetapi belum ada yang dapat membuka hatinya. Aku cadangkan cari kawan-kawan masa sekolah dulu mungkin boleh membantu..katanya masa sekolah dulu kawan-kawan dia comot-comot belaka, tak ada yang memikat hatinya.

Kataku, dulu memang mereka comot tetapi dah bekerja dan ada wang tentu tak comot lagi.
Kawanku memberitahuku dia dah jumpa gadis yang tergolong dalam pilihannya. Mereka keluar makan malam itu, Si Gadis memohon order makanan untuk dibawa pulang, satay dan mihun goreng. Kawanku bersetuju mungkin keluarga di rumah tak masak hari itu.

Beberapakali mereka keluar si gadis masih mahu memesan makanan untuk keluarganya, ok tak palah kawanku setuju.Katanya setiap kali berjumpa mesti membawa makanan untuk keluarga. Jadi setiap kali keluar mesti ada perbelanjaan lebihan untuk makanan keluarganya.

Si gadis mengajak dia temankan untuk membeli-belah pakaian Hari Raya. Dia ikutkan , kesihan juga.. sebenarnya dia disuruh si gadis membayar semua barang-barang pembeliannya. Hatinya bimbang kerana ia juga terpaksa menghantar wang untuk ibunya membeli pakaian adik-adiknya.

Satu hari kawanku membangkang apabila si gadis hendak memesan makanan yang banyak untuk keluarganya. Berlakulah pertengkaran.. kata si gadis : keluarga saya segala-gala untuk saya. Kalau awak hendakkan saya, awak kena jaga dan tanggung keluarga saya juga.

Kawanku betul- betul marah..terus memutuskan hubungan mereka. Aduh!! Nampaknya berjalan lagilah pencarian ini. Aku cadangkan ..suruh keluarga carikanlah, mungkin lebih serasi..dia diam saja..

No comments:

Post a Comment