Tuesday, January 12, 2010

Sakitnya Mencari Isteri...


Aku ada seorang kawan, lelakilah tu!! dia sangat bermasalah hendak mencari calon isteri. He he he kesian dia.


Maka aku pun menghulurkan bantuan! ok..apa syarat-syarat yang perlu ada nyata. Syarat-syarat wajib, wajiblah ..cantik, beragama, keturunan baik-baik dan lengkap dengan budi bahasa..ini aku faham. Ok!!


Aku minta syarat lainnya, terkejut harimau aku? Berat-berat !!

. Kaki dan tumit mesti cantik tak ada parut dan tumit tak merkah dan tak hitam.

ii. Tak nak pakai gigi palsu/Tak pakai cermin mata

iii. Ketiak tidak berbau.../badan tidak berbau.

iv. Mulut tidak berbau/air liur tidak bersembur?

v. Tak ada jerawat/jagat/tahi lalat berbulu.

Aduh!! kat mana pula aku nak tolong cari isteri perfect macam itu. Dia tak nak kahwin kalau macam tu. Dia telah bisikkan Rahsia Mengapa Syaratnya begitu. Isk isk isk...nasibnya tak baik jumpa gadis-gadis....gitu.
Nanti aku bagitau , apa Rahsia yang dibisikan... Sabar ya!! jangan ada yang pengsan la pulak...

1 comment:

  1. Ya jugalah!! setakat pakai cermin mata ok! boleh tukar dengan contact lens, sape nampak. Lawak tapi kadang-kadang ada kebenarannya..Tolong aku!!

    ReplyDelete