Saturday, January 23, 2010

Kukuku, kuku kakiku dan kuku tanganiku?








Kesihan kukuku!!memotongnya selalu, membersihnya selalu, mencucinya selalu tetapi menyapu lotion dan cream pelembab jarang-jarang dilakukan. Itu aku!! orang lain mungkin tidak. Kalau muka selalu buat facial, kalau rambut selalu pergi cuci di salon. Kesihan kuku terbiar saja , jarang sangat orang hendak pergi ke Nail Bar untuk merawat kuku. Sedangkan bar-bar nih menawarkan rawatan untuk kuku dari segi kesihatannya.


Hari tu aku nak surprisekan kukuku! aku pergi ke nail bar, dipotong, dicuci, direndam dengan air suam dan sabun, disapu moisture cream, lotion dan dipolish. Selalu dipolish dengan bawang putih saja kali ini agaknya kukuku terkejut beruk agaknya. Mungkin jari tangan dan kaki juga terkejut, kerana mereka dibelai, diurut dan usap dengan lembut sekali. Kepala dan belakangku juga tumpang sekali. Al-maklum aku memang tak suka diurut, dekat sini mereka diurut dengan mesin begitu lembut sekali.

Wahai! anggota-anggota badanku sekalian.. buat baik denganku ya.. nanti aku balas dengan baik untuk korang semua. Eh!! aku bercakap dengan sape nih!! dulu bolehlah aksyen dengan murid sebab, cakap kat perhimpunan mana boleh jawab, sakit mata ker, sakit telinga ker, dengar dan salin lagi dalam nota perhimpunan ..hehehe!! Maaf anak-anak muridku sekalian..untuk ingatan, demi kebaikan anda sekalian.

2 comments: