Tuesday, February 2, 2010

Rahsia Yang Bukan Rahsia!!!


Kenangan yang tak dapat kulupakan, apabila aku menerima panggilan telefon daripada Kementerian Pelajaran mengatakan sekolahku memenangi salah satu kedudukan dalam pertandingan Program 3K Kebangsaan . Aku faham mereka meminta aku merahsiakan , tiada sesiapa yang layak tahu selain daripada pengetua.


Mengapa ya diberitahu!! kalau tak boleh cerita pada warga sekolah, mesti ada sebab-sebabnya, mengapa walau pun rahsia tapi bukan rahsia pada orang-orang tertentu. Aku pun terpaksa mengambil tindakan memastikan pameran yang diadakan bagi sekolahku mencapai satu piawai yang tinggi daripada sekolah-sekolah lain. Al-maklum sekolahku mewakili Negeri Selangor, yang termaju di Malaysia.

Tuan PPD ada bertanya!! ada dapat panggilan dari KPM ke!!

Ouupp!!! Rahsia..Tak ada tuan. Tuan PPD memandang padaku semacam curiga saja..aku selamba saja. Bukan apa takut terbalik nanti.. mati aku kerana malu.... Simpan2..kata hatiku.

Hari penyampaian Hadiah diadakan di Wilayah Persekutuan Persekutuan sebagai Tuan Rumah.... Bersyukur Sekolahku SMK Darul Ehsan menjadi Johan Kategori Sekolah Menengah Harian .

Ya Allah, aku bersyukur anugerahmu.. dengan kerjasama semua Guru-Guru, Murid-murid, Kakitangan Bukan Guru, Pekerja_pekerja termasuk Encik Jamal, Pengusaha Kantin dan teamnya..PIBG ..Anakku Hemin Xylan , Azhar, dan lain-lain yang sukar hendak ku sebut satu persatu...semua yang terlibat baik secara langsung atau langsung .. Aku mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Sekarang tinggal kenangan yang sukar dilupakan. Diharapkan SMKDE akan terus cemerlang hingga ke Akhir Zaman.Aku sayang Darul Ehsan ... walaupun tinggal kenangan saja.


Ingat ye!! kawan-kawan RAHSIA YANG BUKAN RAHSIA!!! Jangan bercakap apa selagi belum diumumkan secara rasmi.

No comments:

Post a Comment