Saturday, February 13, 2010

Hidungnya Berdarah Lagi !!!!





Kes Hidung Berdarah ini berlaku pada seorang murid lelaki tingkatan 1. Pada hari pendaftaran ibunya ada memberi maklumat berkaitan dengan anaknya. Ini dalam pengetahuan sekolahlah, direkodkan agar senang untuk mengambil tindakan.


Murid ini berada di sesi petang, sampai saja di sekolah dia akan datang ke pejabat dengan hidungnya yang berdarah dan mukanya pucat sekali. Kami menghubungi keluarganya untuk meminta bantuan agar ke sekolah segera. Pada awal tahun ibunya segera datang kalau diberitahu, tetapi di akhirnya ibunya dah tak mau datang lagi.

Puan Penyelia Petang terpaksa bersedia dengan Peti First-Aidnya setiap hari. Hampir hari-hari dalam bulan pertama persekolahannya hidungnya berdarah. Lama kelamaan dia dah tak boleh lagi bertolak ansur, kerana darah dari hidung murid itu semakin banyak bagi setiap hari, memang menakutkan.

Hari itu aku lihat sendiri darahnya turun tidak berhenti!!! Aku hubungi Ibunya, untuk segera datang ke sekolah berjumpa dengan ku. Kata ibunya, anaknya kalau tertekan emosinya, maka hidungnya akan berdarah. Aku memohon pada ibunya..buatlah macam mana pun supaya hidung anaknya tidak berdarah lagi.


Ibunya sangat kasar bila berkomunikasi dengan anaknya, melenting-lenting, marah, herdik , entah apa macam lagi. Saya merayu pada ibunya.. kalau dah tahu anaknya beremosi dan tak setabil , tolonglah bersabar, berlembut dengan dia , supaya dia tidak tertekan lagi. Ibunya diam saja, tak tahulah aku apa yang difikirkannya.

Mungkin kerana malu ibunya bertukar sikap dan layanan terhadap anaknya bertukar dan anaknya dijaga dengan baik. Aku memanggil murid tersebut berjumpa aku dan berbual-bual mesra dengannya. Aku bercerita berkaitan dengan Hidung berdarah. Aku tahu cerita ini dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Hidung kita boleh berdarah dengan mudah apabila saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung pecah. Ini kerana kedudukan saluran darah begitu hampir dengan permukaan.

Masalah ini biasanya berlaku sama ada sekali atau beberapa kali dalam sehari.
Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan .

Kebanyakan masalah hidung berdarah boleh mengganggu kehidupan seharian kita. Lebih menakutkan, kadangkala masalah sebegini boleh mengancam nyawa apabila darah keluar dengan terlalu banyak dan tidak henti-henti. Terdapat dua jenis hidung berdarah:
Hidung berdarah dari depan - Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.

Cara merawat
Hentikan hidung berdarah dengan cara:
Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.

2. Cegah hidung daripada berdarah semula:
Jangan menghembus hidung.
Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.

3. Berjumpa doktor:
Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
Berasa hendak pitam atau pengsan.



Kejadian ini juga memberi pengalaman kepadaku! tidak lagi takut kalau ada murid yang berdarah hidungnya. Murid tersebut langsung tidak ada masalah lagi apabila berada di tingkatan 3. Ku perhatikan ia berjaya hingga ke tingkatan 5 dan mengambil SPM.. selepas itu aku kehilangan maklumatnya tapi yang pasti dia tidak berdarah hidung lagi. Syukur Alhamdulillah .. Selamat Anak itu dari diabaikan oleh ibunya.

6 comments:

  1. salam ziarah,

    info yg bagus insya'Allah kalau anak / anak murid hidung berdarah nanti tau la ape tindakannya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih melawat saya...gunakan untuk kebaikan anak-anak murid kita. Salam.

    ReplyDelete
  3. Salam!!! Terima kasih memberi komen, menunjukkan ada juga teman-teman membacanya. Al-maklum dah senja baru belajar menulis...

    ReplyDelete