Monday, February 15, 2010

Melancong ke Taman Orkid Kuala Lumpur

Taman Orkid Kuala LumpurTaman Orkid Kuala Lumpur
Pagi-pagi lagi aku telah bersedia untuk mengunjungi Taman Okid Kuala Lumpur bersama anak dan anak-anak saudara. Mereka tinggal di Datuk Keramat bersama-sama emak saudara sebelah ayah mereka, kerana ibu dan bapa mereka pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah. Kelihatan mereka tersangatlah cerianya untuk melancong ke taman tersebut.Taman Orkid Kuala Lumpur
Setibanya ke destinasi kami terus ke kaunter pembayaran untuk membeli tiket. Setiap pengunjung dikenakan RM1.00 seorang tidak kira kanak-kanak atau dewasa tetapi hanya dikenakankan bayaran pada cuti am dan cuti hujung minggu sahaja. Pada hari-hari bekerja masuk adalah percuma. Sepatutnya setiap warganegara membawa keluarga mereka mengunjungi taman ini untuk menikmati keindahannya di samping ilmu pengetahuan tentang okid dan bunga raya yang terletak bersebelahannya.
Taman Orkid Kuala Lumpur Taman Orkid Kuala Lumpur

Aku perhatikan anak buahku Alia, Mustakim dan Ika begitu gembira ,di taman itu. Mereka bergaya untuk diambil gambarnya ,posing sana posing sini, senyum ketawa , buat macam-macam gaya.. gembiranya mereka.

IMG_3254 Taman Orkid Kuala Lumpur Orkid

Aku terus berjalan dalam taman dengan sebuah kamera Canon yang dihadiahkan oleh anak-anakku kerana persaraanku. Apa lagi kebetulan aku sangat berminat dari kecil untuk mengambil gambar. Terima kasih anak-anakku, tak sangka kamu semua memang anak-anak yang faham tentang ibunya.Bunga orkid tanah
Taman Orkid Kuala Lumpur
Terima kasih daun keladi.. tak malu pula aku ini macam minta-minta lak. Apa lagi semua bunga okid jadi sasaran ku, ambil yang kuntum , kemudian ambil yang berjambangan dan juga pemandangan sekitarnya. Dari warna merah, kuning, jingga, putih , ungu, coklat, hijau, merah dan lain-lain warga , dari yang gelap hingga yang cerah , berbagai-bagai bentuk , semuanya jadi sasaranku.Air pancut di taman


Anakku telah memberi kursus pendek, cara-cara mengambil gambar . Apalagi aku berdiri tegak, menyengit, bongkok, duduk, bertenggung, meniarap dan apa saja asal mendapat shot yang baik. Mana gambar yang tak baik aku delete terus . Oh gembiranya aku hari ini dapat menikmati keindahan alam serta bunga-bunga ciptaan Allah untuk mencantikkan alam ini.
Orkid ( Ihsan gerai Hujung) Orkid ( Ihsan gerai Hujung)
Ku perhatikan Mustakim abang Alia dah kepenatan . Apalagi Hemin mengambil gambarnya sambil duduk , berdiri, tersenyum, masam ... apa saja arahan abang saudaranya. Kebetulan dia agak fotogenik, kata orang kita makan gambarlah, banyak gambarmya smart, handsome, cute dan macho kata orang sekarang. Jadi model anak aku le, bukan senang nak cari model yang lain, kena bayar lagi.
Catasetum Hybrid Orkid ( Ihsan gerai Hujung)

Aku teruskan kerjaku mengambil gambar ...dan mula memohon bantuan anak untuk mengambil gambar makro, wau letih juga mengambil gambar makro , rasa nak semput, kerana terpaksa menahan nafas ketika kita nak snap gambar itu. Apalagi seranggalah jadi sasaran, termasuklah lebah, patung-patung, belalang, ulat dan apa saja yang ditunjukkan yang kecil kelihatan sangat besar. Pepatung boleh kelihatan matanya sebesar ibu jari dan lain-lain. Paling tak elok bila ambil gambar okid makro bahagian tengahnya... malu juga rasanya kalau diterjemahkan kepada manusia, he he he. Jangan marah ye melawak saja.Orkid ( Ihsan gerai Hujung) Berjenis-jenis orkid


Sambil mencari lagi okid yang belum digambarkan, datanglah sicantik manis Ana yang bertugas sebagai penyelia di situ, menanya berbagai-bagai soalan, nampaknya aku dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan. Selepas itu aku pun menanya berbagai soalan juga. Termasuklah ada tak okid yang wangi.IMG_4394.Ini Species wangi yang ku jumpai.
Dia menerangkan ada satu spesis itu yang sangat wangi terutamnya waktu malam. Malahan katanya ada orang sangat sensitif bau-bauan waktu malam. Orang kita ada yang percaya bau wangi waktu malam menunjukan ada kehadiran makluk halus. Maaf yang ini aku sukar nak percaya.Lain-lain tumbuhan Taman Orkid Kuala Lumpur


Teringat aku pada waktu kecil dulu, tiang pagar rumah keluargaku diambil dari pokok sundal malam. Apabila berbunga , apalagi semerbak harum di waktu malam hingga menyebabkan orang-orang lalu berhampiran rumahku akan lari lintang-pukang kerana takut kononnya rumah kami berhantu. Allah hu Akbar. Aku mencari-cari spesis tersebut memang dapatku ambil gambarnya..lihatlah puas-puas. Namunnya aku tak nak cari di mana. Wahai insan di dunia ni sape yang tahu, berilah ku tau. InsyaAllah satu hari nanti aku akan tahu juga nama spesis ini.

IMG_5211_1 IMG_4127
Aku teruskan mengambil gambar, baju dah mula basah, peluh dah mula mercik , cuaca panas terik nasib baik aku sapu lotion sun block kalau tidak dah berkilat dan terbakar mukaku. Semua tu tak jadi halangan bagiku, kerana aku sangat berminat dengan kerjaku ini. Diam-diam dah 3 jam kami di Taman Okid rasa baru saja sejam di sini.
Bunga Orkid di taman Copy of IMG_4129

Kami lalu dekat gerai menjual bunga okid. Aku pun masuk ke gerai dan mengambil gambar okid dalam gerai tersebut. Tiba-tiba Ika menerpa laju kepadaku,
”Wan Co, tenguk tu satu gambar diambil kena bayar RM1.00 , Wan Co dah ambil berapa gambar ? teruk Wan Co ..”
Ascocenda Ascocenda
Aku pun terus berlalu, ku tenguk peniaga tu sibuk melayan pelancong luar Negara , Mat Saleh kata orang Malaysia . Jadi aku ingat kalau peniaga nak suruh aku bayar aku padam (delete) sajalah gambar okidnya.Dahsyat betul ambil gambar pun kena bayar. Dia tak tau ke pencipta okid Yang Maha Berkuasa tak pernah pun memohon untuk dibayar setiap okid yang ada di dunia ini. Dunia, dunia, dunia.


Taman Orkid Kuala Lumpur

Akhirnya semua kelihatan letih , maka aku beri isyarat kepada semua, jom kita cari makan. Kami pun bergerak keluar dari Taman Okid, berhampiran pintu dalam taman baru kami jumpa batu tanda perasmian Taman Okid tersebut oleh Datin Seri Siti Hasmah bt Mohd Ali (ketika itu) pada tahu 1985. Syukur Alhamdulillah, dah sampai penghujung jumpa sejarah yang paling penting tentang taman ini.

Kami bergerak keluar taman, ramai pelancong luar negara terutama orang-orang dari negara timur tengah. Bye, bye Taman Okid , panjang umur jumpa lagi.
Sekian.

2 comments: