Blog ini hanyalah celoteh berdasarkan pengalaman saya dari zaman kanak-kanak sehingga kini..
Saturday, February 13, 2010
Kayanya Negara kita!!! Tong sampah itu duit!!!
Setiap hari selepas waktu balik sekolah, murid ini akan menyelongkar tong sampah sekolah. Dia akan mengutip barang-barang yang boleh dijualkan kembali - recycle, sehingga penuh basikalnya. Sebagai Pengetua kesihan aku melihatnya, fikirku mungkin muridku ini susah !! terpaksa mengutip sampah-sampah dan bawa balik ke rumah.
Aku ceritakan kepada GPK Hem , untuk disiasat, kalau sekiranya sesuai hendak diberi bantuan atau biasiswa. Laporan diterima, ia mengutip sampah bukan sebab ia miskin, tetapi murid ini nampak lubang yang membawa kepada pendapatannya setiap bulan. Diberitahu oleh GPK rumahnya besar, dan ia boleh memperolehi sehingga ke RM800.00 sebulan.
Sebenarnya murid ini dia nampak wang ada di merata-rata tempat hingga ke tong sampah, apa nak dikatakan.. inilah persediaan pihak sekolah sekiranya ada orang akan mempertikaikan ada pelajar selongkar tong sampah sekolah. Kita boleh melihatnya dari sudut positifnya, murid ini dapat mencari wang dengan senang sekali untuk dirinya. Dari sudut negatifnya .. ada pelajar miskin hingga selongkar tong sampah tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak sekolah.
Murid ini menjalani kehidupannya setiap hari dengan menyelongkar tong sampah, malahan pada hari Sabtu pun dia datang sebelum lori sampah datang untuk menyangkat sampah. Paling ngeri apabila dia membawa pintu tandas sekolah atas basikalnya, hampir memenuhi separuh jalanraya dengan pintu itu.
Aku menjadi lega setelah dia tamat tingkatan 5, tak lama kemudian aku pun bersara....Tak tahulah kisah seterusnya...
Aduhai!!! Anak murid ku !!
Apa nak kukatakan ... Wang Oh Wang!!!! kayanya Malaysia ini, Tong sampah pun membawa rezeki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam...tidak jadi masalah sekiranya budak2 seperti itu bijak membahagikan masa dengan belajar...Tapi yang teruknya...budak2 kat bandar ni suka bekerje dan mengabaikan tanggungjawab sebagai murid sekolah..bukan mak bapaknya tak mampu...
ReplyDeletesenang2 Cikgu Yang Azmah sertakan email...cikgu pernah ajar adik saya nama nya Zanora tahun 1989-1990 di TS
Salam!! Saya dah agak dah kakak Zanora!! dia ada hantar kad Raya kat saya dulu.. kalau gitu muka cikgu saya masih ingat tapi nama nanti saya cuba recall balik ya? Email saya yangazmah@yahoo.com. Salam untuk Zanora..dah berapa anaknya sekarang! Salam
ReplyDelete