Saturday, February 6, 2010

Aku Suka Bunga Ros (Mawar) !!



Minggu ini seronok betul aku!! Bunga Rosku berkembangan, hari itu hingga 15 kuntum, wangi baunya semerbak. Aku rasa marah bila ada tangan-tangan gatal yang memetiknya. Aku jaga, beri baja dan air untuk memastikan bunga-bunganya berkembangan dengan baik. Aku simpan gambar Bunga Rosku dalam NB ku..


Sedang aku menggosok baju, aku terdengar jeritan ' Mak Cik, Mak Cik!!' tergesa-gesa aku keluar..

Ya!! ngapa nih!!

Mak Cik saya nak minta Bunga Ros' minta 2 budak India dalam lingkungan 10 -13 tahun.

Amboi!! hari itu kamu curi jambangan Ros Mak Cik , cabut sampai ke akar dan jual pada orang ? Hari nih nak minta pula bunganya.. kalau orang lain boleh, kamu dah banyak kali mencuri bunga Mak Cik!! Sorry. Kamu dah lupa amaran Mak Cik , datang lagi, kalau tidak Mak Cik repot polis..ugut aku. Mereka berlalu dengan membawa beg plastik yang berisi bunga-bungaan.. Kalau dah tahu hendak guna bunga, tanamlah sendiri.. ini asyik mencuri bunga orang..datang fikiran bodohku!!.


Sebenarnya budak ini dah terkenal dengan mencuri bunga dan menjualnya ke Gerai bunga. Aku marah kerana dia telah mencabut bunga rosku dan menjual hanya dengan harga RM2.00 pada jiran di tamanku. Siapa yang tak sakit hati..nilai pokok itu RM12.00, tetapi ada manusia yang sanggup membeli barang-barang curi, hingga menggalakkan mereka mencuri lagi. Mereka dah janji denganku ..tak buat lagi.


Aku pun memetik semua Bunga Rosku dan letak di rumah, lagi baik daripada menarik perhatian si pencuri bunga. Sekarang nih, asalkan berbunga saja Rosku dah pasti aku memetiknya.. kecuali dalam pasu yang ku simpan di belakang garaj keretaku? Tak ada orang yang nampak.

I love Roses...

4 comments:

  1. cantiknya bunga ros itu..nak satu..nak hadiahkan untuk isteri

    ReplyDelete
  2. He he he!! boleh, tapi bunganya semua dah gugur!! kena yang lain pulak ler.

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum kak yang

    ada juga kerja mencuri bunga ya.
    saya tak pandai menanam, jadi tak tau ada kes curi mencuri pokok bunga...

    ReplyDelete
  4. Waalaikum salam!! ya memang sukar dipercayai!! Ma kasih melawat saya..

    ReplyDelete