Monday, February 15, 2010

Ku Abadikan Koleksiku Ini!!!



Selepas Subuh aku dah ada di sini, untuk mengelakkan kesibukan kawasan ini. Aku berasa bertanggungjawab untuk mengabadikan dalam Koleksi Flick's ku untuk tetapan seluruh dunia.



Sudah lama aku teringin hendak ke sini!! tetapi disebabkan tugas hingga kini baru aku dalam bersama-sama mengagumi kejayaan Malaysia ini.




Diharapkan selepas ini ramai ibu-bapa membawa anak-anak melawat ke sini sambil menerangkan tentang Menara Kembar ini. Ibu bapa kena membuat persediaan sedikitlah baru dapat memberi taklimat dalam kereta sebelum sampai..!!! he he he


. Aku memang bukan ibu yang sempurna kerana banyak perkara tak dapat disampaikan kepada mereka ketika mereka masih kecil. Ingat ye!!! setelah mereka besar, mereka tidak mahu lagi mengikut kita berjalan-jalan lagi. Mereka ada kawan yang akan membawa mereka berjalan. Bawalah sebelum terlambat !!


Seronok juga berada di sini!! pada awal pagi, keadaan tenang, sejuk dan nyaman sekali. Walaupun terletak di tengah Bandaraya Kuala Lumpur, tetapi percayalah.....tidak merugikan langsung.



Cuba bayangkan 100 tahun akan datang, bagaimana agaknya keadaan tempat ini. Pastinya aku dah tiada lagi, generasi akan datang akan dapat menikmatinya.




. Gambar-gambar ini boleh memberi sedikit gambaran tentang bahagian sekitar depan dan bawahnya.






Kalau mengikut anakku Mints jangan dimasukan semua gambar, dia memilih yang berkualiti saja, berbeza dengan aku? aku kalau boleh nak tunjuk semua kepada setengah orang yang tak dapat datang ke sini..dengan membuka blogku sudah memberi gambaran serba sedikit tentang menara.





Salam untuk semua Ibu bapa muda, sayangilah ... keluarga anda!!!

No comments:

Post a Comment