Thursday, February 4, 2010

Program 3K KPM - Petikan dari Portal Pendidikan Utusan Malaysia

PROGRAM 3K

SMK Darul Ehsan...Tambah Seri Bandar Selayang
19/04/2002 6:03 p.m.

Oleh: Normiza Hindong



Yang Azmah Mokhtar
--------------------------------------------------------------------------------
Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Darul Ehsan, Selayang
Pengetua: Yang Azmah Mokhtar
Guru: 112 orang
Pelajar: 2,019 orang


Kolam dengan air terjun buatan mewujudkan suasana yang tenang dan menyeronokkan.
--------------------------------------------------------------------------------

KEINDAHAN persekitaran bersih yang dikelilingi taman flora yang indah dan mempersonakan menyebabkan kewujudan SMK Darul Ehsan bukan semata-mata sebagai sebuah institusi pendidikan, tetapi juga sebagai penyeri kepada bandar Selayang di Selangor.

Sekolah dalam taman ini diserikan dengan pelbagai projek keceriaan, keselamatan dan kebersihan bagi menjamin persekitaran sekolah yang menarik.

Menurut pengetuanya, Yang Azmah Mokhtar, tema sekolah dalam taman dipilih bersesuaian dengan minat pelajar untuk belajar dalam suasana yang bersih dan ceria.

Taman Sejambak Budi
--------------------------------------------------------------------------------

``Kehijauan dan keindahan persekitaran sekolah mampu merangsang minda pelajar,'' katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan panel penilai Program Kebersihan, Keselamatan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) di Selayang, Selangor, baru-baru ini.

Selaras dengan tema sekolah itu, pelbagai jenis taman telah diwujudkan seperti Taman Sejambak Budi, Taman Kaktus, Taman Palma dan Taman Aronek.


Sekolah ini mempunyai beberapa kolam seperti ini
--------------------------------------------------------------------------------
Keistimewaan Taman Sejambak Budi katanya, bukan sahaja kerana ia dikelilingi oleh pokok-pokok tetapi juga kerana adanya tempat refleksiologi.
Selain itu katanya, Taman Palma yang dibina pada tahun 1999 turut membawa kelainan dengan adanya air terjun.
Taman Aronek, dipenuhi tumbuh-tumbuhan herba tradisional.
--------------------------------------------------------------------------------
``Airnya diperolehi daripada perigi yang telah digali berhampiran air terjun tersebut dan taman ini turut ditanam pokok-pokok Palma disekelilingnya,'' katanya.

Satu lagi taman yang tidak kurang menariknya ialah Taman Aronek.

Tandas perempuan yang bersih dan kemas.
--------------------------------------------------------------------------------
Taman ini dipenuhi dengan tanaman pokok-pokok herba tradisional yang sangat bernilai seperti Pecah Kaca, Tongkat Ali, Untut Gajah dan Jarum Tujuh Bilah.

Menurut Azmah, beliau merasa cukup berbangga dengan kerja sama dan komitmen yang diberikan warga sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam menjayakan projek 3K tersebut.

Bangku dan meja yang dilengkapi payung untuk pelajar-pelajar berehat.
--------------------------------------------------------------------------------
Katanya lagi, bukan sahaja sumbangan tenaga, mereka juga menyumbang dari segi kewangan.

Hasil kesungguhan dan kerja sama itu, sekolah yang dibina pada 1995 ini jelasnya sering terpilih sebagai tuan rumah bagi menganjurkan pelbagai pertandingan.
Antaranya ialah menjadi tuan rumah Ekspo Kerjaya Sains dan Teknologi, Pengerusi Sepak Takraw peringkat negeri dan tuan rumah Perkhemahan Integrasi.
Selain daripada taman-taman yang menjadi tarikan, sekolah ini turut diserikan dengan pelbagai jenis lukisan mural.

Bilik khas menempatkan dokumen pengurusan, carta alir, dan sebagainya.
--------------------------------------------------------------------------------
Bagi Puan Azmah, walaupun kebersihan dan keceriaan menjadi matlamat utama sekolah tersebut, aspek keselamatan pelajar sekolah turut di titik beratkan bagi menjamin keselamatan pelajar.

Litar kercergasan menempatkan binaan berkonsepkan gimnasium di laman rumah.
--------------------------------------------------------------------------------
`` Pihak sekolah amat mengambil berat tentang keselamatan pelajar.
``Antara alternatif yang telah dibuat ialah melengkapkan kemudahan bomba, pas keluar masuk pelajar dan pondok pengawal yang dijaga oleh pengawal bagi mengawal pelawat yang masuk ke kawasan sekolah,''ujar beliau.


Pemandangan bangunan sekolah dari luar, kelihatan ceria dan `bersemangat'
--------------------------------------------------------------------------------


Saya cuba menyalin dari Portal Pendidikan, Alhamdulillah berjaya, semoga lagi ramai yang dapat melihatnya, terutama pelajar-pelajar dan bekas pelajar SMK Darul Ehsan. Up Up The Ehsans , Luv you all!!!

No comments:

Post a Comment