Blog ini hanyalah celoteh berdasarkan pengalaman saya dari zaman kanak-kanak sehingga kini..
Saturday, February 13, 2010
Pening Kepala Pengetua ...
Hari itu sekolah cuti, keadaan tenang tidak hiruk-pikuk seperti selalu. Aku membuat kerja-kerja kewangan yang belum selesai. Petang ini selesailah kerjaku, kalau tak ada sebarang gangguan.
Puan! ada tetamu nak jumpa!.
Aku ke luar dan jemput tetamu ke ruang tamu, nampak macam serius sekali tetamuku kali ini.
"Cikgu anak saya dapat masuk Maktab perguruan, jadi Cikgu kena janji saksi boleh," katanya garang sekali.
"Boleh Tuan, tapi kena syaratnya yang ditetapkan, saya akan tandatangani, tak ada masalah. Dihulurnya borang perjanjian kepadaku , aku agak cerewet bila hendak menandatangani borang, itu prinsipku.
"Tuan , Sila isikan borang ini dengan lengkap, baru saya tandatangani untuk pengesahan dan penjamin kena tandatangani borang ini dulu , baru saya tandatangani sebagai saksi" terangku.
"Isk!! banyak sogeh ler Cikgu nih!! Cikgu tandatangani dulu ler, nanti saya isikan kemudian, penjamin pun saya tak jumpa lagi? macam mana? nanti lambat? anak saya tak diterima , macam mana?
" Tuan lengkapkan!! nanti saya akan tandatangani, usah risau, pejabat buka sampai pukul 5.00petang " . kataku masih cool lagi.
Dia keluar, sambil mengomel-ngomel tentang aku, action, tak sedar diri tanggungjawab, sombong , entah apa-apa lagi. Aku panggil anaknya," ngapa kamu tak isi
borang ni dulu, masa kat sekolah dah jemu saya ingatkan cara-cara isi borang, pening kepala saya, kalau seratus datang macam nih, tak naik darah saya!!"
" Tak tahulah Cikgu, tiba-tiba ayah saya melenting tak tentu fasal, maafkan saya ya Cikgu?" rayunya.
Ok!! Isi dulu butir-butir tentang diri kamu, lengkapkan dengan maklumat-maklumat yang dikehendakki, cari penjamin, cuba baca rasanya ayah kamu boleh jadi penjamin , hanya cari seorang penjamin, setelah lengkap, baru bawa ke sini untuk ditandatangani, kalau saya tak ada atau keluar ke bank ke, PPD ker, tinggalkan pada kerana , saya balik nanti, saya tandatangani....semak dengan kerani , supaya tak datang banyak kali... faham!! kataku.
Aku pun ke Kantin!! Ayah murid itu ada di Kantin, dia nampak aku saja, dia bersuara kuat kepada kawannya.. Kau tenguk no kereta Cikgu tu! Aku nak katok , bagi padan mukanya?...
Aduh sakit sekali berurusan dengan orang biol fikirku? biarlah , kalau ku lawan nanti, aku pulak bodoh macam dia. Kalau ikut kan hati? aku sound saja!! sabar, sabar, aku memujuk diriku.
Petang itu anaknya datang! aku pulak bagi amaran padanya? kalau apa-apa berlaku pada saya dan kereta saya, saya akan repot polis dan mengsyaki ayah kamu yang lakukan, faham!! Tolong bagi tau ya? Jangan lupa pulak?
Setelah selesai, dari pejabat aku tenguk anaknya bercakap-cakap pada ayahnya dan tunjuk-tunjuk keretaku.. dan mereka berlalu pergi.
Ini adalah satu dari seribu cerita berkaitan dengan urusan dengan orang luar..!! memang pening Pengetua melayan kerenah-kerenah demikian, boleh mengganggu emosi seharian. Sama-samalah renungkan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Emmmm! Itulah nasib pengetua.... Ibu bapa selalu merasakan mereka saja yang betul!!! Fikir fikir lah !!!!
ReplyDelete