Saturday, February 6, 2010

Jam-jam Yang Memberi Kenangan kepadaku!!!








Minggu lepas aku mencari jam tangan untuk merasakan duitku sendiri membelinya. Asyik saja memakai jam-jam subsidi dan jam-jam cenderahati. Sedang aku memilih yang mana menarik hati!!.. memang aku tertarik dengan jam-jam GUESS kerana designnya memang cantik-cantik sekali.

Aku dah melihat dari satu model ke satu model!! Wou! Cantik-cantik belaka, memang tertarik habis. Aku dengar Cik Abangku bersuara.. Tu jam untuk remaja!! tak sesuai untuk awak .

Tersentak aku! Aku tahu harganya lebih rendah tapi.. Cantik ler..apa nak kata, alih ke jam-jam lain, kalau tidak, dah tersangkut di hatiku satu daripadanya.

Cari punya cari aku terjumpalah satu yang aku berkenan..dah buat keputusan itulah jam yang aku pilih. Aku dengar Tokeh kedai mengomen jam yangku pakai..Ini jam harganya murah saja !!

Hei! Tokeh, ini jam banyak makna pada saya tau!! ini hadiah saya pencen tau!! Kerajaan Malaysia yang hadiahkan, tentulah sangat bermakna pada saya..jangan tenguk harga saja..Omelku marah.

Ya! ya ya!! wa faham, wa faham , kata Tokeh..dengan seriusnya.



Pada tahun 1992 aku dapat Anugerah Cemerlang (melintang) dan cenderhati sebuah jam, aku pakai dia hingga dia tammat perkhidmatannya.





Pada tahun 2001 sekali lagi aku berjaya mendapat Anugerah Cemerlang (Melintang) dalam Perkhidmatanku dan dihadiahkan juga dengan sebuah jam, aku pakainya hingga dia dah tak berfungsi lagi.






Selepas bersara aku pakai jam hadiah persaraanku...dah hampir 3 tahun, aku teringin nak pakai jam baru. Ohh!! Syukur aku dah dapat jam baru dari duitku sendiri!!..Jam TISSOT. InsyAllah akan ku pakai sehingga akhir hayatnya..tak tahulah kut ubah fikiran nanti.


Hanya Masa Menentukanya !!!.

No comments:

Post a Comment