Monday, February 15, 2010

Sakitnya Mencari Seorang Isteri!!

Hebatnya pasukan kompang.  Ketibaan Pengantin

Orang lain ada yang kahwin sampai tiga, empat. Kawanku ini begitu sukar sekali mencari calon isterinya. Kali ini calon yang diperkenalkan seorang gadis kampung yang serta kuat agamanya.


Agak sukar juga untuk mendekatinya, kerana ia tak mahu diajak keluar walaupun untuk keluar makan atau lain-lain. Bagaimanalah cara untuk mendekatinya, habis saja kerja terus balik ke rumah dan jarang keluar berjalan-jalan. Ke mana ia pergi mestilah bersama keluarganya.

Kawanku teringin juga untuk berkenalan lebih dekat tetapi tidak mendapat layanan mesra, dia sangat takut untuk berbual-bual walaupun melalui telefon. Ia sangat tidak biasa dengan lelaki..dan rasa sangat bersalah hendak bercakap dengan lelaki.
Upacara memotong kek Aku mencadangkan agar mencari kawan-kawan baiknya, atau jiran-jirannya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaannya. Kali ini susah sangatlah hendak berkenalan dengannya. Pencadang memberitahu, semuanyanya baik, keluarga juga dari golongan orang baik-baik. Gadis ini tak pernah berkawan dengan lelaki jauh sekali hendak keluar dengan lelaki.
Upacara memotong kek
Kawanku nampak sangat berminat setelah melihat gadis ini, serba sederhana dan bersopan-santun dan berbudi bahasa orangnya. Maka ibu dan ayahnya pun pergi merisik sendiri kerana hendak memuaskan hati kawanku.

Masa mereka sampai Si Gadis sedang memandikan nenek yang uzur dan memakaikan pakaian serta menyuapkan makannya. Ibu kawanku sangat berkenan melihat Si Gadis melayan neneknya dengan muka yang manis dan bersopan sekali. Orang tua itu dah jatuh hati melihat cara layanan dan air muka yang langsung tidak masam, nampak dengan penuh keikhlasan.
Berbagai gambar sekitar Majlis
Pada perasaanku mungkin ibu kawanku merasakan Si gadis sesuai dengannya, harapan untuk bergantung kasih bila tua nanti. Semuanya nampak berjalan dengan baik, kalau bersetuju bermakna mereka bolehlah bertunang dan mengenal hati budi setelah bertunang. Taklah dapat bercinta-cinta macam orang sekarang nih !!!!

Terpulanglah kepada kawanku, kerana ia telah memilih gadis yang terpaksa berkahwin dengan seluruh keluarganya. Kalau dulu itulah perkahwinan yang direstui oleh keluarga, tak perlulah nak tenguk tumit kaki, mata, gigi dan rumahnya..dah pasti segala-galanya baik, maklumlah anak kesayangan keluarga.

Selamat, selamat..!!!

4 comments:

  1. dah kawen ke belum kawan cikgu tu...
    bila dah berkawen....barulah tau diri masing2...semoga kawan cikgu mendapat isteri yang terbaik untuknya

    ReplyDelete
  2. He he he!! Rahsia tak boleh citer nanti orang terasa, ini pun kena adjust sana-sini he he he!!

    ReplyDelete
  3. salam - cikgu sila cek email...panjang lebar gak saya explain kat situ...he3x

    ReplyDelete
  4. Salam!! ok thanks, baru ingat nama you, dulu kita memang sama ajar geog, Noraizan dan Arbain.he he he!! kisah lama.

    ReplyDelete