Wednesday, February 3, 2010

Rahsia Tetap Rahsia...




Aku menerima sekali lagi panggilan mengatakan sekolahku memenangi Anugerah Sekolah Harapan 2003 di Sambutan Hari Kebangsaan di Pulau Pinang. Diberitahu sekolahku memenangi Johannya...dan diminta menyediakan gambar-gambar yang paling baik untuk dimasukkan dalam buku program.



Sebenarnya aku tidak berapa sedap hati kerana aku tahu setakat mana kemampuan sekolahku. Pegawai KPM itu pula tidak menyatakan ..keputusan itu Rahsia. Jadi aku membuat keputusan sendiri Rahsia Tetap Rahsia.. Dah jadi prinsip hidupku, sebelum diumum cara rasmi, aku memang tidak percaya.



Apabila diumumkan SMKDE dapat nombor tiga..Alhamdulillah banyak perkara..Nasib baik aku tak umumkan kepada sekolah!! kalau tidak tentu aku pengsan hari itu. Kedudukan itu padaku sangat tinggi, memang rasa tak percaya berturut-turut tahun kami memenangi acara-acara di peringkat kebangsaan. Syukur!!

Terima kasih semua!! sebagai pemimpin sesebuah institusi kita mesti membuat keputusan yang cekap dan matang kerana kalau tersilap kita yang akan merana akibatnya. Syukur kepadaNya..kerana sentiasa mendorong jalan yang baik dalam membuat keputusan tersebut .

Doaku selalu memohon dibersihkan hatiku ini... Aminnn. Walaupun bukan rahsia tapi padaku Rahsia Tetap Rahsia.

No comments:

Post a Comment