Tuesday, February 9, 2010

Kita Sangat Sayang Anak Kita!!



Tiada siapa dapat menafikan ungkapan di atas. Kalau adapun hanya boleh dikira dengan jari orang yang tidak sayangkan anaknya. Ini pun kemungkinan ada kaitan dengan cara didikan dari keluarganya menyebabkan ia menghalalkan tindakan demikian.

Lahir saja anak kita , itulah proses pertama kita mendidik mereka, semua orang Islam akan mengazankan anaknya, kita mengharapkan itulah Kalimah pertama yang didengari dan masuk ke dalam hati dan jiwa.. ini peringatan pertama yang diperolehinya , yang dia orang Islam. 

Pada awalnya Ibu telah mengalami peroses mengandung yang sangat panjang , berlakulah pendidikan awal dalam perut lagi. Ini terpulang kepada Ibu untuk mencari dan membuat persediaan sebagai seorang ibu.

Saya ada tiga anak semuanya lelaki, ketiga-tiga memberi pengalaman yang berbeza masa mengandung dan melahirkan. Setiap anak itu berbeza dari dalam kandungan lagi. Malahan keinginan yang di bawa oleh anak berbeza. Itu untuk seorang wanita..5 anak , 5 yang berbeza , jadi bayangkan berjuta wanita melahirkan anak di seluruh dunia, tak dapat kita bayangkan ...

Sebagai wanita kita mengalami proses menjadi ibu itu mengambil masa yang panjang, kebanyakkan wanita apabila mula mengandung  selalunya memberi tanda seperti muntah , loya, pening, sakit dan sebagainya, kerana ada zuriat yang telah lekat yang menyebabkan badan memberi reaksi kepada kewujudannya, ini tidak pula bermakna semua orang akan mengalami yang sama kerana ada yang tidak mengalami sebarang reaksi yang negatif. Itulah yang dikatakan , tidak ada yang sama.. kita kena rujuk kepada doktor sakit puan untuk mendapat pandangan. 

Saya banyak merujukan kepada pengalaman sendiri , adik-beradik, jiran-jiran, dan kawan- kawan, dan pembacaan , bukanlah secara saintifik tetapi se adanya. Kita Sayang Anak Kita.

2 comments:

  1. salam cikgu, betul kata cikgu tu...kita semua sayang anak kita. anne ada dua anak ...5 dan 6, dua-dua perempuan. bila ingatkan cabaran yang nak kena tempuh sms besarkan mereka ...takut jugak dibuat nya. yang ptg..kena lah sabar hadapi semua dugaan. insyaallah

    ReplyDelete
  2. Salam!! InsyAllah semuanya selamat... lebihkan mencari ilmu untuk kepentingan mereka.

    ReplyDelete