Blog ini hanyalah celoteh berdasarkan pengalaman saya dari zaman kanak-kanak sehingga kini..
Friday, February 19, 2010
Anakku Sangat Sayang Kucing...
Anakku sangat suka pada kucing, berbeza dengan ku yang tak suka kucing dan kucing pun tak suka ku juga. Ada peristiwa-peristiwa yang menunjukkan kucing juga tak suka padaku.
Aku hairan selepas sekolah saja dia berlari ke kedai jual binatang peliharaan, hampir setiap hari. Mungkin dia dah tak tahan menahan perasaan dia meminta hendak membeli anak kucing dari kedai tu. Ibu! tolonglah adik teringin hendak bela kucing, kesihan tenguk kucing kat kedai tu? Bolehlah bu!! tolonglah, murah aja.. suaranya semakin perlahan.
Dia makin mendesak!! aku mendiamkan diri saja..bukan kerana apa! aku tak sukakan kucing. Satu hari dia sedih sangat kerana kucing yang dia sayang dan dijenguki setiap hari telah dibeli orang. Dia merungut-rungut, katanya bukan mahal RM800 saja. He he he!! gelihatiku, tak mahal? pada aku tu dah mahal sangatlah tu.
Tidak lama kemudian seekor kucing datang ke rumahku, ia melayannya, beri makan, minum susu.Kucing tu tak pandai makan makanan kucing, ia makan apa-apa makanan yang kita makan. Apalagi seronoknya dia, bermain dengan kucing tu. Aku bagi syarat kucing tak boleh masuk rumah, dia berjanji akan pastikan kucing itu tak masuk rumah.
Kucing tu semakin hari semakin gebu, aku tak suka dia, dia pun tahu. Dia nampak aku saja ia bergerak ke lain.. aku faham kucing nih pun tak sukakan aku, baru seri.
Satu hari aku terkejut besar 3 pasang baju suteraku di kencing kucing. Sebelum ku hantar dobi ku susun atas katil di bilik rumahku. Aku naik angin betul ku tangkap kucing itu ku hantar ke pasar borong. Anakku sedih!! aku buat tak tahu saja, sebab akhir-akhir nih aku nampak kucing tu mencuri masuk ke rumah dan bersenang-senang bermain dengannya.
Anakku merayu-rayu, katanya kucing jiranku yang masuk, bukan kucingnya yang kencing, kucing jiranku yang kencing, katanya merayu.
'Maaf ya nak!! Ibu tak boleh bertolak ansur, perjanjian dah dibuat, maka kata tetap dikota. Adakah aku zalim! setiap kali lalu dekat pasar borong dia akan menyebut, kat sinilah ibu buang kucing dia, tentu kucing tu dah dimakan anjing katanya sedih.
Aku ini agaknya ibu yang keras dengan anak-anak, agaknya kalau sekarang ini mungkin aku tak tergamak untuk membuang kucing itu. Apa pun peristiwa tutelah terjadi... masih tergiang-giang ditelingaku, rayuannya. Maaf ya nak!!! kekerasan ibu di masa muda dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment