Friday, February 19, 2010

Aku Tak Suka Kucing...Kucing pun Tak Suka Aku !!!!



Masa dari kecil lagi aku memang tak suka kucing. Aku nampak saja kucing aku akan hentakkan kakiku dengan kuat dan menghalau dengan ngeri kut. Sebab semua kucing lari. Sampai sekarang kucing nampakku saja akan beredar, walaupun aku tak berbuat apa-apa pun.

Hendakkan dijadi cerita, Suatu hari di bulan puasa aku ke kedai membeli lauk , ikan Siakap masak masam manis. Sambil itu aku membaca buku kerana mengambil masa untuk nya masak. Aku nampak seekor kucing datang kepadaku, hendak dihentakkan kaki, segan le pulak, sebab orang ramai ketika itu.

Tiba-tiba aku terasa kainku basah!, Ya Allah , kucing tadi itu telah mengencing kainku dan terus lari. Aku terasa malu, semua pelanggan bertanya ngapa, malahan tuan kedai pun hairan, tak pernah peristiwa ini berlaku pada orang lain tapi berlaku padaku. Agaknya semua kucing-kucing kat Malaysia nih tahu aku tak suka kucing.

Baju ku yang dikencing kucing pada kes sebelum ini, ku hantar ke kedai dobi, tetapi tak boleh dibuat apa, kerana semuanya kain sutera ku tak boleh di basuh dengan air, pekedai cuba bersihkan tetapi aku terpaksa kehilangan 3 pasang baju kurung sutera gara-gara si kucing.

Ngapa ya! adakah kebetulan saja? ... tak masuk akal ya., aku saja yang kena!!


Terima kasih tuan punya Garfield ..

3 comments:

  1. kucing tu faham bahasa cikgu! sekarang bila anak2 dah besar & seme belajar kat luar...saya bela kucing! habis saya nak bercakap dengan sape? cakap dengan kucing la! sekarang ni ade 3 yang besar + 2 kecik2
    ( anak salah sekor tu ) + 1 kucing angkat
    ( kucing datang )...

    ReplyDelete
  2. He he he!!! Tak tahulah..saya tak boleh tenguk kucing, sakit hati ajer.. nantilah saya belajar nak sayang kucing.Thanx

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete