Tuesday, February 9, 2010

Adakah Cukup Ilmu Untuk Kita Mendidik Anak ?



Inilah yang saya hadapi dalam mendidik anak-anak sepanjang kehidupan ini . Saya tidak pernah mengikuti kelas atau kolej yang menawarkan kursus untuk menjadi seorang suri rumahtangga dan seorang ibu.

Keluarga saya sangat besar dan termasuk dalam golongan orang miskin, tapi kaya dengan anak, Syukur anugerah Allah untuk kami. Oleh yang demikian kehidupan kami penuh dengan peraturan atau disiplin yang ketat. Anak-anak akan mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan .
Fatihah & Akim
Ibu dan Ayah menguatkuasakan undang dengan peraturan-peraturan yang ketat..dan kuasa semuanya terletak di tangan kedua.

Kami akan mengikut peraturan yang ditetapkan, tetapi biasalah, langgar-melanggar peraturan itu ada berlaku dan hukuman akan dikenakan, terutama akan diberi nasihat oleh kedua Ibu-Bapa. Ibu memang lembut dan sentiasa bertolak ansur dengan anak-anak. Dialah tempat kami mengadu, apa saja yang difikirkan perlu. Tapi saya banyak ,menyimpan kerana melihat kepada kepayahan Ibu dalam menguruskan rumahtangga di samping mencari rezeki untuk membantu ayah.

Kebanyakkan kita akan mengikut bagaimana ibu-bapa mendidik kita dan diturunkan pula cara kita mendidik anak kita.
BABYWIKaa - 1980
Ada penyesuaian di sana -sini kerana sekarang ini ramai ibu yang bekerja, tanggungjawab akan diserahkan kepada pembantu rumah , nurseri atau bantuan ibu-bapa dan saudara mara.

Di sinilah terdapat perbezaan besar cara didikan dahulu dan sekarang, anak-anak selalu terpaksa berdikari emosi mereka kerana penggantungan kepada ibu-bapa agak longgar. Ibu-bapa lebih menumpukan kepada masa mencari wang daripada mendidik anak. Bukan semuanya tetapi sebahagian besarnya demikian.

Saya berazam hendak mencatatkan pengalaman-pengalaman yang ada di campur dengan pengalaman kawan-kawan, jiran-jiran, ceramah-ceramah dan pembacaan dari buku agama, ilmu perubatan moden, tradisi , buku motivasi dan daripada sumbangan media massa dalam pendidikan dunia kita hari i ni.

Terlalu banyak kesilapan yang telah berlaku dalam mendidik anak-anak bagi diri saya sendiri, maka marilah kita sama-sama membetulkan cara-cara yang salah, membaiki cara-cara yang tersilap, meninggalkan cara-cara yang buruk, mengekalkan cara-cara yang baik dan menambahkan Ilmu yang diambil dari ajaran agama kita yang maha suci. Kita juga boleh mengutip idea-idea yang diamalkan oleh orang-orang yang berjaya dalam mendidik anak-anak mereka.

Saya suka dan sanggup menerima pandangan , komen, kritikan terutama orang-orang yang arif dalam bidang Agama , perubatan, kesihatan, sosial dan sebagainya. Kita mengharapkan pandangan dari pengalaman yang dialami sendiri untuk dikongsi bersama demi kepentingan Agama, bangsa dan Negara yang dicintai.

No comments:

Post a Comment