Friday, February 12, 2010

Melancong ke Bukit Tinggi, Padang, di Sumatera Barat, Indonesia.







Melancong ke Bukit Tinggi dan Padang ini dibuat secara tergesa-gesa, tidak ada perbincangan atau meeting kata orang-orang sekarang. Saya dihubungi Oleh Cikgu Maizura ketika berada di luar Kuala Lumpur tetapi dah lupa di mana.

Kami pergi dalam kumpulan yang kecil tetapi penuh bermakna. Saya, Cikgu Maizura beserta ayah dan ibunya dan Cikgu Fauziah bersama kakaknya Dr Romaya . Segalanya berjalan dengan baik dan tidak ada masalah ..lawatan yang menyeronokkan. Rasa tak cukup masa dan teringin ke sana lagi.

Bukit Tinggi adalah salah satu bandar besar di Sumatera Barat. Terletak di Tanah Tinggi Minangkabau, jauhnya kira 90km dari Padang. Kedudukannya 930meter dari aras laut menyebabkan suhunya dingin kira-kira antara 16 - 24 darjah Celcius.

Petikan: Bukittinggi memiliki julukan sebagai "kota wisata" karena banyaknya objek wisata yang terdapat di kota ini. Lembah Ngarai Sianok merupakan salah satu objek wisata utama. Taman Panorama yang terletak di dalam kota Bukittinggi memungkinkan wisatawan untuk melihat keindahan pemandangan Ngarai Sianok. Di dalam Taman Panorama juga terdapat gua bekas persembunyian tentara Jepang sewaktu Perang Dunia II yang disebut sebagai 'Lobang Jepang'.


Pasar Atas berada berdekatan dengan Jam Gadang yang merupakan pusat keramaian kota. Di dalam Pasar Atas yang selalu ramai terdapat banyak penjual kerajinan bordir dan makanan kecil oleh-oleh khas Sumatera Barat seperti Keripik Sanjai yang terbuat dari singkong, serta Kerupuk Jangek (Kerupuk Kulit) yang terbuat dari kulit sapi atau kerbau dan Karak Kaliang, sejenis makanan kecil khas Bukittinggi yang berbentuk seperti angka 8. Petikan Syarikat Pelancongan.

Saya tidak menyediakan catatan semasa melancong, menjadikan penceritaannya tidak lancar dan tersangkut-sangkut dan banyak terlepas pandang. Selalunya saya membuat catatan mungkin kali ini hanya melancong untuk bersantai , tidaklah serius untuk mencatat.

Walau bagaqimana pun kami pergi ke semua tempat pelancongan yang dicadangkan termasuklah Tasik Meninjau, Selagi Pasar yang ada semuanya kami pergi, Rumah Prof Dr Hamka, kawasan Gunung Berapi dan lain-lain.

Masa pulang kami di tahan Emigresen Malaysia di LCCT.. mengapa ya!!!

5 comments:

  1. disana tidur di mana??berapa perbelanjaan ke sana??saya berminat nak kesana..boleh share??

    ReplyDelete
  2. boleh call saya .. saya ada contact. saya dah pergi memang seronok........

    ReplyDelete
  3. email saya jika mahu contact hotel dsb.
    jetsukhoi@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Izinkanlah kami untuk memperkenalkan diri pada Tuan/Puan

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan dengan sepenuh hati di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Motto kami adalah : Kesenangan dan kegembiraan tamu adalah kebahagiaan kami.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  5. Berminat melancong ke Padang Bukittinggi? Kami boleh uruskan semuanya untuk anda.
    Pakej menarik dan insyaallah termurah untuk anda.
    Call/sms/whatsapp saya di 0126665436

    harga pakej boleh dibincangkan kemudian.

    Visit my Blog:
    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete