Ponteng
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah.
Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
Menangani pelajar ponteng
Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan gejala ponteng sekolah, memandangkan gejala ini seterusnya akan membawa kepada permasalahan sosial yang lebih teruk seperti gejala maksiat dan samseng remaja. Oleh itu, di beberapa tempat seperti di Lembah Klang, Polis Diraja Malaysia menempatkan beberapa anggota polis bagi memantau kawasan tumpuan remaja bagi mengesan pelajar ponteng, dan sekiranya pelajar yang didapati ponteng tertangkap maka ibu bapa berkemungkinan akan dikenakan tindakan.
Untuk membolehkan penguatkuasaan larangan ponteng dapat dilaksanakan secara menyeluruh, orang ramai diseru agar melaporkan kepada polis sekiranya terserempak dengan pelajar yang ponteng sekolah.
Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga turut mengambil inisiatif bagi menangani gejala ponteng dengan menyertakan syarat remaja berpakaian seragam sekolah tidak boleh memasuki premis mereka sebagai salah satu syarat bagi mengeluarkan lesen bagi kafe siber dan arked permainan video.
Di samping itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus menghadiri kelas. Guru-guru juga disaran supaya bersikap ramah serta tidak terlalu garang dengan pelajar.
Paling penting, ibu bapa seharusnya memainkan peranan bermula dari akar umbi bagi mencegah anak-anak mereka daripada ponteng sekolah. Mereka seharusnya memerhatikan gerak-geri anak mereka, dengan siapa anak mereka berkawan, kerap menghubungi pihak sekolah serta memeriksa beg sekolah anak mereka sebagai bukti sama ada anak-anak mereka menghadiri sekolah atau tidak. Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu mempercayai anak-anak mereka kerana sikap terlalu memanjakan anak sudah tentunya bakal memakan diri sendiri kelak.
Pada pendapat saya sebagai bekas Pengetua yang telah bertugas di beberapa buah sekolah dan hampir 15 tahun sebagai pengetua , masalah ini memang memberi cabaran yang besar kepada sistem persekolahan kita.
1. Semua pihak terlibat seperti pihak sekolah melibatkan daripada pengetua, GPK, Guru Disiplin, Guru Kelas, Pengawas, Ketua Kelas hingga ke pengawal keselamatan.
1a. Penguatkuasaan peraturan sekolah dijalankan sepenuhnya . Contoh dari Guru Kelas.. kedatangan pelajar adalah sah dan mengambil tindakan memanggil pelajar yang tidak hadir walaupun satu hari sekira tidak ada surat tunjuk sebab tidak hadir.
Surat-surat kepada ibu-bapa dikeluarkan mengikut jumlah hari yang ponteng. Masalah timbul apabila guru kelas tidak daapat mengenalpasti pelajar yang ponteng.. alasan yang diberi terlalu banyak tugas hingga tak ada masa mengenalpastikan pelajar yang pnteng.
1b. Nama-nama pelajar yang ponteng akan sampai kepada Guru Disiplin dan juga dirujuk kepada Konselor. Sekira masih ada masalah akan dibawa kepada GPKHem, di akhiri kepada Pengetua sekiranya tidak dapat diselesaikan.
1c. Peranan Pengetua sangat besar dalam memastikan peraturan sekolah dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab , tidak ada lopong di mana-mana. Cara-cara nya tak perlu saya nyatakan kerana sepatutnya Pengetua sudah arif berkaitan dengan hal-hal demikian
2. Pihak Ibu-bapa juga mesti mengawasi anak-anak dan memastikan mereka pergi ke sekolah dan dibantu oleh kaum keluarga yang terdekat, jiran-jiran tetangga serta masyarakat kawasan sekitarnya.
2a. Ibu-bapa bertanggungjawab memastikan keselamatan anak dari rumah ke sekolah, samada berjalan kaki/rumah dekat, naik basikal, bas sekolah, kenderaan awam atau dihantar sendiri ke sekolah. Kepastian mereka berada di sekolah sangat penting. Ibu-bapa wajib pastikan anak mereka sampai ke sekolah. Cara-caranya mereka kena banyak bertanya atau memikirkan cara-cara yanbg sesuai di zaman ini.
2b. Ibu-bapa kena banyak berkomunikasi dengan anak-anak supaya mereka tahu masalah anak-anak. Sebab-sebab mereka ponteng terlalu banyak, walau pun sekecil mereka di ejek kawan di sekolah, seperti nama bapa yang ganjil contoh : Mat Buruk, Haji Temban dan lain-lain. Pada kita mungkin tidak ada apa, tapi pada mereka itu masalah yang sangat besar hingga menganggu emosi mereka.
3. Dibantu oleh pihak penguasa termasuk pihak polis sebagai penguatkuasa undang-undang, Majlis Bandaran untuk memastikan tempat yang sering ponteng diawasi seperti siber cafe, kedai games, di kompleks beli-belah dan tempat rekreasi yang memungkinkan pelajar-pelajar ponteng , agensi-agensi yang terlibat dengan masyarakat mesti memasukkan "ponteng" sebagai salah satu agensi penguatkuasaan dari segi keselamatan, kebajikan dan jenayah.
Sebab-sebab yang sering mereka ponteng ialah:
A. Berkaitan dengan hal-hal persekolahan
- Tidak siap kerja rumah
- Takut pada guru-guru subjek tertentu
- Pakaian basah, kasut basah, pakaian PJK basah atau tak ada, kerana tidak dsediakan oleh keluarga.
- Buku yang wajib tak ada dia tidak disediakan oleh keluarga
- Takut pada guru kelas kerana belum bayar yuran sekolah, Pibg dan sebagainya.
- Masa pelajaran Pendidikan Agama Islam - takut sebab tak boleh baca Al-Kuran.
- Tak boleh membaca
- Takut pada kawan/musuhnya di sekolah
B. Berkaitan dengan ibu-bapa
- Keluarga tidak menyediakan keperluan persekolahan mereka seperti:
- Pakaian sekolah termasuk juga kasut, beg sekolah, pakaian PJK dan lain-lain.
- Wang belanja tidak disediakan/ada terlalu kecil menyebabkan anak malu dengan kawan-kawan.
- Keadaan keluarga menyebabkan ia sangat selesa berada di rumah/kedua ibu-bapa bekerja , bertolak awal dan balik lewat petang hingga tak tau pun anaknya ponteng sekolah.
- Peralatan sekolah tidak lengkap seperti alat-alat tulis, kalkulator, buku-buku polio, buku-buku latihan dan lain-lain yang berkaitan.
- Ibu-bapa tak dapat menyediakan sarapan pagi , tengahari dan petang untuk anak-anak , hanya diberi dalam bentuk wang saja.
- Bagi yang ibu-bapa bekerja kebanyakan urusan anak-anak diserahkan kepada anak-anak menyelesaikan sendiri.
- Ibu-bapa percaya apa saja alasan yang diberi oleh anak hingga kalau ada aduan akan dinafikan sekerasnya walaupun penafian itu tidak betul.
C. Diri anak-anak sendiri.
- Kadang-kadang kita hairan , pelajar baik, keluarga baik tetapi masih ponteng sekolah. Murid kelas Sains, dilantik pengawas lagi, tetapi dilucutkan kerana suka ponteng sekolah.
- Murid agak lemah dan sering diejek oleh kawan , maka dia tak mahu datang sekolah kerana alasan itu .
- Murid baik tingkah-lakunya tapi lemah dalam pelajaran maka memberi berbagai-bagai alasan hingga keluarga percaya seperti cikgu tak mengajar, cikgu bersalin, cikgu pergi mesyuarat dan berbagai-bagai alasan untuk dia tak hadir ke sekolah.
- Murid perempuan dapat kawan lelaki hingga menyebabkan tak mahu datang sekolah disiasat mencari kerja untuk berdekatan dengan si lelaki.
D. Keadaan Sekitarnya yang mengizinkan mereka ponteng.
- Mereka ada tempat untuk melepak dan menghisap rokok, di kaki lima jalan, di pasaraya dan berbual-bual kosong.
- Mereka diterima bekerja di kedai-kedai dan di kilang-kilang walaupun di bawah umur.
- Mereka berkumpul di Siber cafer dan bermain games dari pagi hingga petang.
- Mereka bermain mandi-manda di tempat-tempat rekreasi berseronok dari pagi hingga petang tidak ada yang mengganggu mereka, mereka selesa berada di sana.
- JKK juga tak ada kuasa untuk mengambil tindakan kepada murid-murid ponteng. Mereka juga kena lapurkan juga pada pihak sekolah, jadi murid sudah tak hairan lagi.
E. Penguatkuasa Undang-undang.
- Murid-murid sekarang ini terdedah kepada banyak perkara, mereka tak takut pada polis, malah mereka kata polis tak boleh buat apa, sebab mereka kanak-kanak tak boleh didakwa, tak percaya cuba tanya mereka ! itulah jawapannya , terpaksa kita berbelit-belit menerangkan yang mereka boleh diambil tindakan.
- Murid-murid percaya kalau mereka ditangkap akan dihantar ke sekolah dan sekolahlah juga akan mengambil tindakan disiplin, menyebabkan mereka tak takut lagi pada polis.
Apakah Penyelesaiannya ?
1. Semua pihak yang terlibat menjalankan tugasnya masing-masing dengan baik dan berkesan. Pastikan semuanya mengikut apa yang telah tertulis dan jangan ada lompong di sana lompong di sini. Semuanya mesti dapat menerima arahan yang telah diberi secara rasmi oleh pihak sekolah.
2. Guru Kelas orang yang pertama bertanggungjawab mencatatkan Jadual Kedatangan Murid dan mengelaskah kategori ponteng atau tidak.
3. Pihak sekolah ada senarai nama yang lengkap murid yang ponteng sekolah, dengan butiran dan maklumatnya sekali . Menyediakan fail dan kabinet khas, supaya tindakan ini menjadi serius dan bukan hangat-hangat tahi ayam sahaja.
4. Kes-kes ponteng di sekolah dikelaskan mengikut degreenya masing-masing: Contoh - ponteng berkala, ponteng berterusan, ponteng hujung minggu, ponteng awal bulan, ponteng berkumpulan - maksudnya seorang ponteng semua kumpulan itu ponteng dan lain-lain ponteng yang dapat dikenapasti.
5. Semua kes jangan terus rujuk ke Pengetua, mestilah melalui guru kelas, guru disiplin, konselor, GPK.. kalau semuanya tak boleh jalan barulah kepada Pengetua. Ini bukan apa, untuk menjarakkan murid dengan pengetua, supaya perasaan hormat dan takut itu ada pada murid. Kalau semua kes terus dibawa pada pengetua, pengsanlah pengetua.. kesihan , sudah tentu akan mengganggu emosinya setiap hari . Bukanlah bermakna tidak percaya kepada kewibawaan Pengetua tetapi mengharapkan perjumpaan dengan Pengetua selalunya yang final. Tetapi terpulanglah kepada sistem sekolah masing-masing.
6. Semua Tindakan mesti selari, jangan menampakkan kelemahan pihak sekolah . Kita terpaksa berpegang kepada undang-undang dan peraturan yang ada barulah pengurusannya mantap dan berkesan.
7. Keadaan sekolah juga boleh menjadi menyelesaikan masalah ponteng. Pastikan meja-kerusi pelajar di kelas lengkap, setiap pelajar berhak pada satu meja dan satu sepanjang pembelajarannya di sekolah. Jangan ada pelajar datang ke sekolah untuk berebut-rebut kerusi dan meja.
8. Tandas mencukupi, bersih dan boleh digunakan sepanjang masa tanda ada sekatan. Kantin menpunyai kerusi meja dan kerusi yang cukup untuk murid menikmati makanan pada waktu rihat. Semua punca-punca ini nampaknya kecil tetapi sebenarnya mempengaruhi dan penyelesaian untuk kes-kes ponteng.
9. Sekolah menyimpan rekod yang lengkap tentang kehadiran pelajarnya dan mencatatkan jumlah kes-kes ponteng. Bukan semua yang tidak hadir itu ponteng, ini mesti difahami oleh seluruh warga sekolah.
10. Buku Jadual Kedatangan Murid mestilah diuruskan dengan betul dan sah. Jangan nanti bila dibawa ke mahkamah dia tidak sah kerana masih ada yang menggunakan pemadam. liquid paper dan lain-lain menyebabkan butirannya diragui.
11. Murid-murid yang sudah cukup jumlah ponteng sekolahnya dan telah melalui proses yang telah ditetapkan dalam peraturan ponteng sekolah, murid itu mesti dikenakan hukuman Buang Sekolah. Murid ini dibenarkan merayu untuk bersekolah semua, Ini mesti diikuti oleh pihak yang berkenaan supaya hukuman itu akan menjadi titik noktah yang menakutkan murid.
Pada pendapat saya terlalu banyak sebab-sebab mengapa murid-murid ponteng sekolah. Oleh yang demikian dengan pemantauan yang berkesan serta pengukuhan undang-undang yang mantap masalah ini kalau tak dapat dihapuskan tetapi akan berkurangan dari masa ke semasa dan akhirnya akan selesai , berkemungkinan mengambil masa yang panjang.
kat universiti jarang nak ponteng sbb attendance diambil kira kan huhu... kalau banyak sgt ponteng maybe tak tak boleh 'lepas' sesuatu subjek.. agak2 kalau buat macam tu ok tak? count the attendance..
ReplyDeletetakut nak ponteng...tapi sekarang..haih..
ReplyDeletemasa sekolah asrama dulu saya ponteng kelas maths sbb cikgu tu selenge...eh bukan. cikgu tu anti saya kerana sume org di skolah tu bersifat judging (okey2 x semua, ade gak cikgu cikgi yg memahami), judges me as jahat.
ReplyDeletekelas maths kalau x silap saya ade 2 kali seminggu.
otak saya juga xbley nak mencerna ape entah yg cikgu tu bebelkan (padahal dia dilabel sbg cikgu maths terbaik di melake kalo x silap). tu bukan silap dia, mungkin saya mmg punya disfunction otak atau abnormaliti atau apa. :D
bila saya ditukarkan ke sekolah harian (yay! waktu tu saya gumbira rasa bagai nk kenduri) saya ponteng kerana ada waktu2 tertentu cikgu tak masuk kelas pun. kami ikut padang sekolah yg tak berpagar atau gate utama. pak guard tak ambil kesah. cikgu yg terserempak dgn kami juga xde respon. huu..
jadi? bukan salah student 100% (ecey..cube bile saya jd cekgu..tgklah sape saya salahkan nnt! :p)
Lady of Leisure ...emmm!! begitulah ,peringkat U pelajar dah boleh fikir. Murid sekolah ada masalah sikit, maklumlah kanak-kanak...
ReplyDeleteWanita Itu..Manusia sentiasa berubah, kalau orang tua pun rajin ponteng semayang, inikah kanak-kanak !!!
ReplyDeleteUbiKentang Sofa ... Begitulah kehidupan , ada polis kerana ada orang jahat. Ada Hospital kerana ada orang sakit. Ada penjara kerana ada penjenayah, Ada Syurga dan Neraka tentu dah boleh jawab sendiri. Thanks melawat saya. Ingat Tanda Sayang.
ReplyDeletesaya mencari maklumat tentang ponteng yang tegar.nak tahu juga apa sebabnya punca jika berlaku di sekolah lain.
ReplyDeleteActivation is the most significant technique as the clients are not ready to use the administrations and utilizations of the introduced www.office.com/setup programming except if it has been initiated.
ReplyDeleteHere you can get thing keys for Office 365 office setup full structure and individual Office apps.Here we are giving full help to present pack.
ReplyDeleteMcAfee is a pioneer in online helplessness security. McAfee, the gadget to-cloud cybersecurity organization, gives security arrangements that shield information and prevent dangers from gadget to cloud utilizing www.mcafee.com/activate an open proactive, and knowledge driven methodology.
ReplyDeleteMcAfee Virtual Expert distinguishes and settles numerous item issues on your PC. In the event that MVT can't resolve the issue, the information gathered can be utilized by www.mcafee.com/activate your help specialist to settle the issue.
ReplyDeleteWe should discuss our young ladies. With regards to excellence, our Bangalore Escorts are on something else altogether. They are really provocative and enchanting that will make your mouth water. They are savvy and insightful, which will connect with you in fascinating discussions. Bangalore Escorts
ReplyDelete