Tuesday, February 9, 2010

Dulu Di Sekolah Ada Konsert .... 1967










He he he!! Ini hanya kenangan masa muda ku. Dulu aku aktif sekali di sekolah. Bukan untuk menunjuk tetapi memperlihatkan di sekolah zaman itu ada konsert... dan kegiatan yang kurang sihat tetapi masyarakat menerimanya tanpa bantahan dari masyarakat.

Kesedaran masyarakat sekarang sudah berbeza , banyak menjuruskan kepada perkara-perkara yang baik , hingga ada peraturan-peraturan yang membataskan kegiatan kokurikulum yang tidak sihat. Ketika dulu, malam konsert ini ditunggu bukan saja oleh murid-murid tetapi ibu-bapa dan masyarakat setempat.

Ketika itu pemilihan ratu cantik sekolah pun merupakan acara kemuncak bagi malam tersebut. Sekarang semuanya telah menuju ke arah Falsafah Pendidikan Kebangsaan.. malahan ada peraturan menetapkan Orang Islam tidak boleh memasukki peraduan ratu cantik. Arahan-arahan telah dikeluarkan supaya memastikan acara sedemikian tidak diadakan di sekolah.

Syukur Alhamdulillah!! Betapa besarnya peranan Guru dan Sekolah pada masa ini.


Masyarakat telah ada kesedaran , dan mementingkan Ilmu dan menanamkan ilmu untuk menjadi Amalan di peringkat sekolah lagi.

Setiap murid telah diberi peluang untuk memilih cara hidup mereka setelah diberi ilmu dari peringkat sekolah rendah, menengah dan peringkat universiti dan kolej. Guru-guru tidak bertanggungjawab lagi selepas itu...Tepuk Dada Tanyalah Iman.

No comments:

Post a Comment