Setiap wanita yang berumah-tangga tentu telah menyediakan diri untuk mengandung, termasuklah diriku. Setelah dua tahun mendirikan rumah -tangga aku pun mengandung. Pada ketika itu masyarakat seolah-olah tidak menjadikan isu-isu mengandung ini ini perbincangan terbuka. Kita merahsiakan kita mengandung, sehinggalah perut kita besar dan tidak dapat disorokkan lagi.
Dahulu kita akan memakai pakaian yang menyorokkan kita mengandung, hingga sampai kelahiran perut itu tidak ditonjolkan. Ini bermakna semakin besar perut kita semakin besar baju kita. Itu juga yang kulakukan.
Berbeza dengan sekarang ini, isu mengandung itu perkara biasa, masyarakat telah menerima kehadiran mengandung bagi pasangan suami-isteri. Malahan fesyen pakaian ketika ini menonjolkan yang pemakai itu mengandung. Dunia berubah begitu cepat sekali, fesyen di barat menjadi rujukan pereka fesyen di sini . Malahan pakai selebriti masa mengandung mendapat sambutan hangat.
Masa aku dulu, masih aku ingat.. aku menuntut di Universiti balik ke kampung.. aku menceritakan dua pupuku dah mengandung!! aku terjumpanya di KL , ibu saudara mengomel.. isk isk isk jangan sebut, jangan citer, anak dara tak boleh sebut tentang mengandung..
Sekarang kanak-kanak kecil pun boleh sebut, Akak mak kita mengandung!! tiada siapa yang akan menegurnya. Itulah perbezaan dulu dan sekarang.
Pakaian menjadi perkara yang mustahak juga apabila kita mengandung selain daripada menjaga kesihatan, pendekatan keagamaan, pendidikan, ekonomi, sosial dan lain-lain. Pada masaku pakaian terpaksa ditempah, kerana pakaian siap agak kurang penawarannya dan fesyen yang tak sesuai dengan kehendak kita.
Di sini ku pamerkan pakaian-pakaian yang menjadi pilihan ketika ini.
Koleksi : Formes
Plaza Indonesia Shopping Centre .JI MH Thamrin Kav 28-30
waaa... comel2.. bila laa nk akwin nie ek...
ReplyDeleteSalam!! Ma kasih lawat saya nih!! muda lagi, baru 23taun, cari dollar banyak2..baru kawin!! he he he!! tak nyusahkan ibu bapak ye!!
ReplyDelete