Friday, February 12, 2010

Salam Kak!!! Saya Mintak Maaf ...














Saya memang rapat dengan kakak yang satu ini. Istimewanya dia kerana Ibu kepada murid saya di SMK Selayang Baru . Ketika itu Maizura Ketua Pengawas di sekolah tersebut. Saya guru Geografi dan mengajarnya di Tingkatan 4 dan 5. Kami memang rapat ketika itu. Kemudian dia masuk menjadi guru di SMK darul Ehsan , maka hubungan bertambah rapat apabila mengenali dia sekeluarga.


Ibunya sangat baik dan terasa keikhlasannya. Hampir setiap kali Hari Raya rendang daging akan sampai ke rumah saya , sedap!! bercampur hati , limpa dan dagingnya. Terima kasih Kak, sekarang tak perlu hantar lagi kerana saya dah banyak masa untuk memasak rendang!!! He he he!!

Oh!! Kak minta maaf ya..sampai sekarang saya belum tahu nama Akak sepenuhnya tahu dengan panggilan Emak Maizura saja. Maaf!! Ya Ampun Ya Kak!! Lepas nih saya akan tanya Maizura!!

4 comments:

  1. epy chinese nu year~

    ReplyDelete
  2. Salam - TK kerana sudi singgah & follow AGK....Saya amat mengenali Cikgu Yang Azmah ....saya pernah ngajar di SMK Taman Selayang...ajar Geo jugak! geng dengan Cikgu Noraizan...

    ReplyDelete
  3. ayudeadwish, Ma kasih!! Cutinyer.. tapi saya dah cuti dah.

    ReplyDelete
  4. sonata anak kancil, Nama samaran nih saya tak kenal ler. Kalau nama sebenar InsyAllah saya ingat. Tk.

    ReplyDelete