Sunday, January 24, 2010

Tolong! Tolong! letihnya Jadi Pegawai Pengurusan RT ?






Salam!! Pagi minggu ni nampaknya moodku tak berapa baik, ya Allah sejukkan hatiku, bersihkan hatiku! untuk pagi yang penuh dengan bonus di umurku ketika ini. Alhamdulillah aku dah rasional nih.


Rupanya peranan pembantu rumah sangat besar dalam kehidupan kita ya!. Pembantu rumahku dah balik ke kampung halamannya. Jadi sekarang aku tak ada pembantu lagi!! Aku bersyukur kerana menantuku tinggal bersamaku, dia banyak membantu dalam menguruskan rumahtangga.

Pagi-pagi lagi aku dah mula memikirkan apakah tugasku hari ini? Semalam aku telah memanggil Syarikat Pembersihan untuk membantuku membersihkan rumahku..selama 3 jam kenalah RM30.00 ..terima kasih dah selamatlah tentang pembersihan bilik air, vakuum rumah, mob seluruh rumah... tapi belum sampai tahap 100 % beres...kerana jadual pekerjanya penuh!! kena tunggu minggu depan la pulak...untuk kerja-kerja tambahan.


Tugas-tugasku akan bermula selepas ini, ke dapur untuk melihat apa yang patut untuk sarapan pagi. Bukan susah pun.. kalau tak ada yang sesuai..roti canai kedai mamak ler apa lagi?? Ingat ya...kalau roti canai.. makan separuh ya?

Ouupp!! pagi ini kena iron baju!! abangku minggu ini bertugas di Sri Aman, Sarawak, minggu lepas ke Lahad Datu.. InsyAllah aku akan mulakan sebentar lagi. Ingat , ini tugasku sebagai seorang isteri..ingin nak jadi isteri mithali, he he he!!


Bye aku nak masuk kerja nih... selepas tu masakan sarapan tengahari...lepas tu. nanti ku fikirlah nanti....Doakan aku sihat!! Amin!!

No comments:

Post a Comment