Friday, January 8, 2010

Mengurangkan berat badan ? - Cikguyang.

Hari ini kita sambung lagi , bagaimana hendak mengurangkan berat badan atau membuang lemak/fat di badan kita.

Untuk sarapan Tengahari, kalau boleh elakkan memakan bahan-bahan yang berminyak, lemak termasuklah santan dan yang seangkatan dengannya. Daging lemak dan ayam lemak pastikan lemak-lemak itu dibuang dulu.

Cara memasak juga perlu ditukar daripada goreng-menggoreng , gulai kepada bakar dan stem/kukus dan rebus atau kata lainnya suplah tu!!

Ingat kembali kita hanya perlu 500kalori sahaja. Contoh : Nasi sentiasa ambil separuh daripada biasa, kalau boleh dari beras yang tak ada kabohidrat.. tak ada kanjilah tu? ...contoh paling baik beras Bhasmati...

Lauknya selalu mengambil ikan atau ayam yang tidak digoreng atau dibuat gulai...dibakar , direbus atau dikukus.. pandai-pandai mencari menu yang sedap dan lazat, banyak lagi menu-menu yang demikian..

Sayur boleh dimakan dengan banyak sekali, terutama sayur segar contoh: salad, timun, karot, sengkuang. Sayur-sayur hijau, kobis, kobis bunga, broccoli dan apa saja sayur boleh dimakan dengan banyaknya dimasak kurangkan minyak atau tak payah guna minyak langsung.Ala!! dah banyak fat dalam badan..nanti dia bercampur kat dalam tu ..jadi berminyak le!! ha ha ha!

Pastikan selepas makan minum air kosong 2 hingga ke 3 gelas. Bukan ler sekali gus.. ansur-ansur le. Dan jangan ambil makanan yang mengarut-ngarut.. he he he seperti makanan ringan, tapi kalau rasa tak cukup boleh ambil buah seperti buah pisang, strawberi, buah naga, atau buah-buah yang tidak terlalu manis.

Jangan ambil apa-apa makanan sehingga petang...kalau tak tahan sangat boleh terus minum air kosong... atau tak juga tahan minum air kacang soya yang dibubuh gula sedikit. Saya boleh bagi resepi air kacang soya ikut permintaan...percuma saja.


Sabar!! nanti saya akan bagi lak sarapan untuk malam...isk isk isk , ingat makan aja nih...macam mana nak kurus he he he!!

1 comment:

  1. Saya dah kurang 6kg berat badan...buat sedikit-sedikit lama-akan akan termakbul. Syaratnya kena sabar, tidak tergopoh-gapah hingga mengubah cara hidup kita sebenarnya, selamat mencuba.

    ReplyDelete