Monday, January 11, 2010

Aku Kantoi Lagi...... Cikguyang

Aku ke sekolah hari ini dengan senang hati. Pagi-pagi lagi murid-murid dah menegur, Assalamualaikum cikgu?, good morning cikgu? , Hello cikgu, Hi Cikgu!! sepanjang perjalanan ku dari gate sekolah ke bilik guru.

Hari ini hari Jumaat, semua murid dan guru Islam berpakaian Melayu. Murid perempuan baju kurung , Murid lelaki berbaju melayu. Kira-kira wajiblah tu walau pun tidak bertulis.

Loceng berbunyi, aku bergerak ke kelas dengan BBM untuk menjalankan tugas ku. Aku mengajar Geografi kelas tingkatan 4 dean tingkatan 5. Di kaki lima kelas aku berjumpa sekumpulan murid lelaki , ada dua pelajar yang tak bersongkok..Ouup!! Wou nampak smart hari nih, dengan baju melayu, bersamping..malangnya tak bersongkok kuranglah kacaknya" sape aku.

"La!! Cikgu, samalah kita, Cikgu pakai baju kurung cantik tapi tak pakai tudung..saya tak pakai songkok, kan sama tu...' sambil tersenyum dijawab sapaan ku.

AKU KANTOI hari ini.....!!!!???.

Aku pun buka cerita dengan cikgu-cikgu lain..gegak bilik pagi tu. Ha ha ha dekah mereka. Cikguyang kantoi hari ni!! kata mereka. Tinggal kenangan hingga hari. Teringin nak jumpa pelajar tersebut..peristiwa sekitar 1985/86.. di sebuah sekolah di Selayang Baru. Kantoi akuuuuu...

1 comment:

  1. Salam!! banyak lagi kisah-kisah suka duka aku kat sekolah. Dari guru biasa hinggalah ke Pengetua. Tinggal kenangan selepas bersara.Akan ku catat sedikit demi sedikit untuk tatapan semua.

    ReplyDelete