Thursday, January 7, 2010

Nak Buang Toksid & Tak Menambahkan lemak di Badan - Cikguyang.

Oh ya!! senang sahaja sekiranya kita tahu. Bangun pagi semasa perut masih kosong minum satu gelas air yang bercampur dengan air lemon atau air limau nipis bercampur dengan garam. Ambil air limau/lemon satu sudu makan dan garam 1/4 sudu teh dan air satu gelas.

Minum masa perut kosong dan boleh ambil sarapan pagi selepas 30minit. Apabila anda ke tandas perut anda rasa lawas tidak sangkut lagi. Semuanya berjalan lancar. Kita orang Islam bacalah Bissmilah... mohon dicucikan perut kita. Kita kena banyak memohon, Allah sentiasa mendengar permohonan kita. InsyAllah...dimakbulkannya.

Sarapan pagi kalau boleh ambil lebihkurang 250kalori saja, Contoh : 1 gelas susu, 2 keping roti + jem/kaya/telur dll + 1 biji pisang. Lebihkurang begitulah kalau tak mahu lemak dalam badan bertambah.Elakan mengambil makanan yang berat seperti nasi lemak penuh, nasi dagang , pulut daging dsbg.

Bagi yang hendak makan roti canai , tosay dan lain-lain seangkatannya ..makan separuh sahaja. Selamat Mencuba...untuk tidak menambah lemak/fat di tubuh anda...

1 comment:

  1. Nanti disambung untuk makan tengahari dan makan malam. Selamat Mencuba...

    ReplyDelete